Monday, February 13, 2012

Apa yang dikejar dalam hidup???

Ya. Apa yang dikejar dalam hidup?
Kerja yang bagus.
Duit yang banyak.
Suami yang baik.
............................................
..............................................................
Entah.
Tapi setiap hari hidupku semakin sibuk dengan kerja. Terkejar ke sana sini. Buat itu ini. Rancang itu ini. Siapkan itu ini. Sentiasa mengikut arahan orang atas. Sampaikan masa untuk berehat pun semakin berkurangan. Nipis, nipis dan terus menipis. Untuk bersosial dengan dunia luar pun semakin terbatas. Dalam hidup hanyalah kerja. Apa sebenarnya yang dikejar dalam kerja. Duit gaji? Rasanya tidak. Kalau tidak apa perlunya buat kerja yang langsung tidak ada hubungkaitnya dengan kita. Melakukan sesuatu kerana  itu amanah dan terasa ketenangannya saat membantu kawan. Melihat kawan-kawan dan anak didik gembira terasa bahagianya dunia. Semacam kita telah berjaya menambahkan pahala. Melakukan kerja dengan niat yang ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

Rutin aktiviti dua minggu kebelakangan ini sangat-sangat sibuk. Rasanya tak terkejar untuk menyelesaikannya. Malah rasa berdosa pula kalau buat tidak tahu sahaja. Satu saja pegangan aku, "lakukanlah tugas dengan baik kerana itu tanggungjawab, amanah yang dipegang kukuh. Dengan harapan, orang lain akan mendapat manfaat daripada kerja kita itu." Tapi terfikir juga, kalau hanya aku yang beria-ia hendak menyenangkan kerja orang lain, apa pula tindakan orang lain? Adakah turut sama berfikir seperti aku. Kadang-kadang penat kalau ada yang tidak tahu menghargai apa yang kita lakukan. Terasa sangat sakit hati. Tapi, terasa berdosa pula bila berfikir sebegitu. Tapi biasalah, aku hanyalah manusia biasa. Kadang-kadang hati sentiasa menduga dengan fikiran-fikiran yang jahat. Astaufirullah al azim... Kau tetapkanlah hati dan imanku. Malah perbaikilah lagi akhlakku.. Amin.

Pasal kerja lagi. Bulan Februari yang begitu sibuk.
1. Penyelaras NILAM dengan program-program sepanjang tahun.
2. Mesyuarat Agung PIBG
3. Majlis perpisahan dan persaraan Mr Levan
4. Kadet Polis ( kawad kaki dan aktiviti kelabnya. Tahun ni bermacam masalah disiplin dan sahsiah budak kadet yang aku tak jangka langsung)
5. Bola Tampar ( hujung minggu ni pertandingan peringkat negeri di Kota Tinggi dan aku sebagai penolong jurulatih. Aku akan berkampung selama 3 hari kat sana nanti)
6. Festival Layang-layang Pasir Gudang ( walaupun tak terlibat secara langsung tapi kerana niat hendak membantu kawan, aku turut terlibat. Aku tak reti seni, jadi aku hanya membantu mengikut arahan sahaja terutama dari segi cat mengecat.

Bulan Februari yang menyesakkan. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan kembali semula jam 10.00 malam. Itu belum lagi masa malam untuk menyiapkan kerja yang belum selesai yang sengaja dipunggah sama. Sampaikan tidur macam tak tidur. Otak tak boleh berfikir dengan cergas. Kadang-kadang kesilapan dalam kerja datang tidak dijangka.

Ayat standard semua orang, " alah!! kerja cikgu ni senang. Hari-hari balik awal. Langsung tiada tekanan." Bila ada yang menuturkan ayat sinis sebegitu, terasa bernanah juga telinganya. Orang... kalau tak pernah menghadapinya dia takkan tahu. Jadi, bila isu kenaikan gaji guru yang tinggi melebihi kenaikan gaji kerja-kerja lain. janganlah pertikaikannya. Fikir dengan teliti dahulu sebelum bercakap.

Eeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmmmmm............................................ Hari ni puas membebel. Semuanya pasal kerja. Dalam otak sekarang pun kerja, kerja, kerja. Yang penting sekejap lagi aku nak cari makan. Balik rumah. Mandi. Sembahyang. Rehat-rehat sambil tunggu Maghrib dengan Isyak. Lepas tu tidur. Pasal esok. Lain ceritanya. Semoga hari esok akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.