Wednesday, January 30, 2013

Coklat Cadbury

Assalamualaikum.



Wah!!! Tiba-tiba di awal pagi tengok ada coklat cadbury ni kat atas meja. Senyum jelah kan.

Pucuk dicita ulam mendatang.. Coklat dicita memang aku dapat coklat... Rezeki tu.. Hahahaha!!

Aku memang nak makan coklat sebenarnya tapi malas nak pergi beli je. Kalau boleh hari-hari bila habis kerja nak terus balik rumah berehat je. Hahaha!! Pemalas kan..

Awalnya agak confius siapa yang bagi. Jenguk meja kakak-kakak sebelah kot-kot mereka dapat juga kan. Wah!! Atas meja diorang semua ada kotak Dietary Supplement. Siapa bagi?? Pulak tu aku sorang yang dapat lain daripada yang lain. Ni macam saja nak menggemukkan aku ni... Mmmmm.... Siapa bagi?? Jeng..jeng...jengg.....

Rupa-rupanya, hadiah dari seseorang. Memang aku tak jangka yang kawan ni nak bagi aku coklat. Memang tak terjangka la. Tak pernah terfikir pun. Hahaha!!

Sebab tak pernah terjangka dan terfikir aku memang suka sangat dapat coklat cadbury ni. Terima kasih banyak-banyak lain kali bagi la lagi. Boleh buat bekal menanda malam-malam. Alamak makin tembam la aku kan!! Huhuhu..


Sambil menanda sambil makan cadbury lol...hehehe.. :-P

Haaa!!! Pasal Dietary Supplement tu pulak yang buat aku confius tu rupanya diorang beli dari seorang kakak ni. Lupa. Aku je tak beli sebab aku kalau pil-pil ni memang takkan boleh telan punya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 29, 2013

Ribut petir mendungnya hati.

Assalamualaikum..

Aku dah tidur dah tadi. Ingatkan nak bangun jam 1 am nnt siapkan kerja. Tapi kerana Incik Gemuk Bulat itu maka terpaksalah aku bangun juga. Sekarang...kerana Incik Gemuk Bulat itu aku dah tak boleh tidur dah. Mata tak nak pejam-pejam walaupun badan dah rasa penat giler. Semuanya ini Incik Gemuk Bulat punya pasal!! Padan muka kena kutuk dengan aku. Dah dia selalu kutuk aku macam tu.

Tak nak cerita pasal Incik Gemuk Bulat tu. Nak cerita kisah hari ni. Tapi sebelum tu...baru aku perasan yang blog aku ni dah macam diari aku sendiri sebenarnya. Bezanya..ini diari aku versi moden. Sebabnya, aku tak suka menulis pakai pen. Aku suka taip je. Kalau salah tulis delete terus. Tak comot pun. Hahahaha!!! Maklum la, tulisan tangan aku tak lawa. Betapa pemalasnya aku nak menulis pakai pen kan. Nasiblah!!

Kisah kawan.

Bila orang tanya aku jujur je cakap. Serius...aku memang tak pandai nak sorok-sorok atau kelentong orang. Orang tanya aku cakap direct je. Tapi tadi, aku benggang sebenarnya. Jujur aku cakap direct. Tak sorok-sorok.

Tapi, bila fikir balik. Tak elok sebenarnya buka aib orang. Kenapa aku sampai macam tu? Iman makin menipis agaknya.. Biarlah orang tu. Biarlah dia dengan labu-labunya. Macam versi Si Luncai.. Kenapalah aku nak kisahkan sangat dengan kawan tu. Aku dah faham cara dia macamana. Sepatutnya aku abaikan dia. Buat macam biasa. Abaikan dia... Abaikan je asalkan segalanya baik-baik sahaja.

Tapi kadang-kadang caranya membuatkan aku sakit secara senyap. Hati sentiasa berprasangka baik tapi kadang-kadang celaru sendiri. Cuba faham tapi memang aku tak boleh faham dia. Tak tahu kat mana silapnya..

Maaf kawan. Sebab aku pun kadang-kadang khilaf. Sentiasa cuba buat yang terbaik tapi kadang-kadang awan mendung menguasai hati mengusir segala cahaya yang dikumpul. Hati yang lembut menjadi keras seperti batu. Hitam diselubungi akal yang jahat.

Maaf la kawan. Aku bukannya malaikat. Aku seperti serpihan debu-debu halus yang berusaha terbang mengikut angin menuju ke jalanNya. Hatiku juga merasa sakit. Sakit yang membawa pelbagai rasa. Tapi dalam hati ini kawan, aku cuba melakukan yang terbaik untuk kawanku. Jadi, tolonglah menjadi kawan yang baik juga untuk aku. Maaf atas kekhilafanku.

Ya Allah.. Bimbinglah aku supaya sentiasa berada di jalanMu. Jaga akhlakku, jaga akalku, jaga hatiku, jaga tutur bicaraku. Pendek kata, jagalah seluruh anggota tubuhku yang Engkau kurniakan ini agar aku mampu menjawab semua soalanMu dengan baik di sana kelak.
Aaminn...

posted from Bloggeroid

Monday, January 28, 2013

Apa jadi time cuti ni??

Assalamualaikum...

Yes!! Esok kerja. Hahahahahaha!!
Alhamdulillah. Syukur sangat esok dah mula kerja balik. Aku cuti 3 hari sempena Thaipusam. Tapi oleh kerana tak balik kampung maka cuti aku ni langsung tak best. Lagi tak best sebab kawan aku tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Langsung tak ajak aku balik sama. Waaa!! Sedih jugak sebenarnya dengan situasi ni. Tapi aku nak abaikan semuanya. Abaikan... Tak nak membebankan diri dengan hal ni.

Takpe. In sha Allah Tahun Baru Cina nanti sampailah aku kat kampung.

Dalam cuti 3 hari ni aku asyik terfikir. Kan bagus kalau ada suami. Taklah sunyi sangat bila jauh dengan family macam ni. Taklah takut nak tidur sorang-sorang malam hari. Suami ada. Mesti rasa selamatkan. Hahahahaha!! Gediks..... Tapi In sha Allah...satu hari nanti kan. Aaminn....

Sebenarnya aku paling tak suka tinggal sorang-sorang kat rumah malam hari. Siang hari takpe. Habis semua lampu aku buka sebelum tidur. Tapi, macam biasa kalau tiada orang mata aku susah nak lena betul-betul. Asyik tersedar je. Lastnya....jadi burung hantu. Malam berjaga siangnya tidur. Huhuhu...

Baiklah. Cuti ni aku rasa aku ada kemajuan sikit. Sebabnya aku berani keluar dengan kawan-kawan lelaki. Aku sorang pulak tu perempuan. Memang tak pernah aku buat sebenarnya. Kucing berjanggut la kalau aku nak keluar macam tu. Tapi heran, kenapa kali ni aku berani sangat.

Boring kot duk sorang-sorang kat rumah. Tapi, thanks kawan sebab ajak aku sama time cuti ni. Kamu semua memang kawan-kawan lelaki yang baik. Sebab tulah aku tak rasa takut keluar dengan korang...

Tapi satu je aku rasa aku lemah. Aku tak reti nak bercakap mesra dengan lelaki. Lebih banyak diam dan senyum adalah. Heran jugak aku dengan kawan-kawan perempuan lain yang elok je bergelak ketawa dan bergurau mesra dengan kawan lelaki tapi aku memang rasa janggal. Aku memang tak terbiasa. Jadi memang agak janggal la... Malu kot.

Tak kisah la. Malu itu penting kan bagi orang perempuan. Abah yang cakap. Abah kata, bila kita malu kita akan sentiasa berjaga-jaga. Batas pergaulan dan percakapan kita pun akan sentiasa terkawal. Dengan adanya malu, kita akan sentiasa menjaga maruah diri kita...

Baiklah. Tak sabarnya nak pergi kerja esok...
Semoga aku mampu menjadi individu yang lebih baik lagi.. Aaminn....

posted from Bloggeroid

Thursday, January 24, 2013

Kawan Untuk Sekejap Cuma

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul.

Entry kali ni kawan sekejap cuma. Ya. Kami berkawan untuk sepagian hari ini sahaja tapi aku pasti aku akan sentiasa melawatnya selepas ini. Semoga dia beroleh kehidupan yang selesa dan selamat sentiasa.

Nak tahu apa?
Siapa dia?
Handsome atau tak?

Ngeeee....


Dia sesat masuk ke laman rumah aku. Buat bising kat sliding door sambil cakar-cakar hos paip.


Aku tangkap dia dan masukkan dalam bekas. Kesian, cengkerangnya calar balar.


Aku isi air dalam bekas dia takut dia kekeringan. Kesian..


Bekas tadi kecil jadi aku tukar bekas yang lagi besar. Boleh la dia berenang bebas.

Sepagian hari ni aku renung je dia. Macam orang gila agaknya. Gila kot sebab aku bosan gila duk sorang-sorang kat rumah. Huhhh!! Sedih betul.. So, sepagian hari ni aku tengok je pergerakan dia. Aku tilik satu-satu. Bila dia jengul kepala rupanya panjang juga leher dia. Kuku dia. Kalau kena kulit aku confirm tembus. Huhu!! Lg satu...rupanya dia ni ada ekor eh! Agak panjang la. Terkejut jugak tengok!!

Lama-lama aku tenung dia rasa kesian pulak. So...aku ambil keputusan bawa dia ke satu tempat.


Hahaha! Dia teruja tu! Aku bawak dia ke Taman Tasik Layang-layang.


Aku nak lepaskan dia hidup bebas kat sini.


Sedikit.


Sedikit..


Masih nampak bayang-bayang dia...


Akhirnya dia terus hilang...




Inilah habitatnya selepas ini.
Semoga dia selamat dan dapat sesuaikan diri dengan habitat barunya dan dapat ramai kawan kat sini.

Ngeeee... Walaweii!! Rasa macam hantar anak ke sekolah je. Anak masuk darjah satu. Risau semacam. Sedih pun ada. Huhu..


Dekat 3 jam jugak la aku kat tasik tu.


Sebelum balik aku drive ke atas bukit. Tempat biasa aku lepak sorang-sorang. Kat sinilah aku biasa parkir kereta. Dari sini aku dapat lihat tasik tu.

Ada kawan ejek. Aku nangis ke masa lepaskan dia. Sah la tak! Cuma sebak je. Hehehe.. Takpe...kalau dia selamat dan aku masih kat sini, aku akan sentiasa dekat dengan dia.

Ada kawan minta dia dengan aku. Tapi aku dah lepaskan dia. Nasib baik, rupanya kawan aku ni nak awetkan dia dan letakkan dia di bilik pameran sains. Kawan aku ni cikgu sains. Dia punya pemikiran memang jauh berbeza dari aku. Yelah! Sains vs Sejarah. Memang lari la kan. Lepas ni dia kata nak dapatkan rama-rama utk diawetkan bg projek sains dia. Tapi aku cakap awal-awal aku tak nak terlibat. Maaf ya kawan. Kawanmu ini tak sampai hati nak buat macam tu.. Kesian... Tapi dia baik. Pada aku, dia memang sangat-sangat baik. Walaupun dia cakap dalam Islam, mematikan mereka tidak mengapa jika untuk belajar tapi aku tak boleh. Kesian.. So, memang pemikiran kami jauh berbeza la kan.

Sorry la Encik Sobri Aziz.. Tak dapat den nak nolong. Hehehe...

Kepada Si Kura-kura... Oleh sebab umur kau panjang, semoga sihat-sihat dan selamat di sana ya. After this I will miss you so much... Jangan risau lepas ni aku ada je dekat-dekat tu. Tu kan tempat lepak aku. Cuma...aku harap aku akan jumpa kau lagi.

~ kawan untuk sekejap cuma ~

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 23, 2013

Gadis kecil mengejar pelangi

Assalamualaikum..

Pertama kali dalam sejarah kerjaya aku pelajar merajuk dengan aku. Entah la. Di mana silapnya? Mungkin aku terkasar dlm berbicara atau perlakuanku agak tercondong sehingga semuanya seakan celaru..

Tapi serius... Dalam seminggu ni memang aku terasa macam kehilangan sebenarnya. Tiba-tiba je tak boleh nak bertegur sapa malah nak bergelak ketawa macam biasa. Bila bersua muka terus lidah seakan kelu untuk berbicara dan mata seakan segan untuk menatapnya.

Benda yang simple sebenarnya tp sedikit celaru. Tapi dah ok dah... Hari ni rasa release...tenang...semacam bebanan hilang tiba-tiba bila pelajar ni kembali kepada kelakuan asalnya. Sebenarnya, tak perlulah dia berubah sedrastik itu sebab aku. Aku bukannya sesiapa. Aku tidak sehebat orang-orang hebat lain. Aku manusia biasa yang cuba untuk berjalan lurus di landasanNya namun kadang-kadang sedikit tersasar.

Jadilah diri sendiri. Jadilah manusia yang tabah dan sayang akan Allah s.w.t. sentiasa. Kehidupannya masih terlalu muda dan banyak benda yang bakal dia tempuhi sebenarnya. Semoga perjalanan masa silamnya memberi dia inspirasi untuk lebih maju. Aku, sebagai gurunya..guru yang masih lagi perlu banyak belajar tentang kehidupan...berharap sangat dia mampu berdiri megah di hari muka dengan usahanya dan Allah s.w.t. sentiasa bersama di hatinya.

Noraini Binti Ibrahim ~ anak yang pintar yang akan mengejar pelanginya suatu masa nanti.



Rasa nak nangis pun ada... Semoga mendung berlalu pergi..

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 22, 2013

Kejar Bayang-bayang

Assalamualaikum.. Pernah tak rasa hidup ni macam tiada apa-apa yang menarik untuk dilakukan? Mmmmm.... Aku fikir, daat ini aku rasa itu semua. Semua kerja yang dibuat macam ada kekurangannya. Macam ada sesuatu yang tersangkut. Hati...jiwa... Kosong...

Mungkin aku semakin lalai. Terlalu mengejar duniawi dan kesempurnaan. Sebab itulah hati jadi kosong. Kerana Allah s.w.t. semakin jauh dari hati mungkin.

Setiap hari, aku berusaha untuk mengejar kerja-kerja hakiki. Dan...tanpa sedar hati sedikit demi sedikit tersasar jauh. Bodoh sangat-sangat rasanya.

In sha Allah. Selepas ini, dekatkanlah aku dengan Mu agar hatiku terisi dengan alunan merdu dan wangian nikmatMu. Janganlah aku terleka dengan duniawi alam ciptaanMu yang indah ini. Jagalah aku. Bentukkanlah aku menjadi manusia yang diredhaiMu. Jaga hatiku. Jaga akalku yang kadangkala tak mampu berfikir dengan waras. Jagalah lisanku agar aku mampu memberi ilmu bermanfaat dan terhindar dari kata-kata yang dibenciMu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 8, 2013

Abah ♥♥♥

Rindu kat abah sangat-sangat♥♥
Nak peluk-peluk cium-cium pipi abah♥♥♥

Kala demam begini, nak duduk dekat-dekat dengan abah. Nak abah usap-usap kepala. Rasa tenang dan selamat sangat-sangat.. Mesti demam cepat sembuh.

Walaweiiii... Nangis bila bercakap dengan abah by phone. Gila weiii!! Memang la...kalau kita dah memang rapat dengan seseorang memang senang nak mengalir air mata. Rindu sangat-sangat!!

Biar la orang nak kata aku anak manja pun tak kisah. Janji manja bertempat. Lagi-lagi dengan abah.. Sayang abah ketat-ketat!!!

Ya Allah, doa sangat-sangat nak cepat-cepat pindah balik kampung. Boleh dekat dengan abah dan ma.


Rindu abah!! Rindu nak peluk-peluk ngan cium-cium pipi abah♥♥♥

posted from Bloggeroid

Saturday, January 5, 2013

Mencabar dan tercabar rasanya..

Ayat tak boleh blah...

Pelayan : nak makan ke dik?
Kami : ha ah!! (laju je angguk kepala)
Pelayan : maaf, kedai dah tutup.

Weiii!!! Down giler aku! Dia tak nampak ke muka aku dengan kawan aku tu tengah excited nak makan.

Dia tak tahu ke punya la susah kami nak sampai ke situ. Dengan sesat tak tahu nak ke mana halanya tapi sanggup bertahan semata-mata nak makan kat situ. Alih-alih ayat tu yang keluar.

1.18 am baru sampai rumah. Punya la jauh perjalanan mencari makan hari ni. Suatu perjalanan yang mencabar di malam minggu.

posted from Bloggeroid

Friday, January 4, 2013

Hari-hari biasa...dengan pelbagai pengalaman..

Wahhh!! Penatnya masih terasa. Dah lama tak jogging sebenarnya. Kali terakhir aku jogging rasanya masa kat universiti dulu. Dah lebih 4 tahun kot. Mmmmm...rindu zaman tu. Dengan kawan-kawan semua..

Baiklah. Aku bukan nak bercerita kisah dulu-dulu sebenarnya. Aku nak bercerita kisah budak lelaki comel petang tadi. Umurnya aku ahak mungkin dalam 10 ke 11 tahun kot. Comel giler! Bijak pulak tu.

Tadi petang sengaja ke tasik dengan kawan-kawan. Saja...dengan harapan nak turunkan berat badan. Aku punya berat dah naik hampir 10 kg dalam tempoh 5 bulan. Banyak baju dah tak muat dah. Huh!!! Stress... Cuti lama punya pasal.

Teruskan ya. Hehe... Berlari, berjalan, melompat, berlari lagi, berjalan lagi...bla...bla...bla...nasib tak merangkak je. Hohohoho... Pusing padang layang-layang lepas tu pusing tasik tapi separuh je pusing sebab ramai budak lelaki bersidai. Kalau lalu depan mereka mesti jadi bahan usikan jadi kami patah balik la. Hehehe... Alasan. Sebenarnya dah tak larat nak jalan dah.

Kat tepi tasik tu terjumpa la dengan budak comel ni bawa baldi kecil dan kayu kailnya. Punya berani budak tu memancing sorang-sorang. Jenguk dalam baldi. Ada 2 ekor ikan keli. Besar-besar. Tanya kat mana dia kail? Macamana boleh dapat kail ikan? Lepas borak-borak sikit kami pun berlalu.

Tak tahu kenapa aku nak pandang belakang nak tengok budak tu. Hahaha... Kesiannya dia. Dia pandang kami dengan muka sedih. Lepas tu siap cakap, "kakak, takut.." perlahan je suara dia sambil pandang ke bawah. Rupanya ikan keli 2 ekor tu melompat keluar dari baldinya. Nasib je tak lompat masuk tasik. Alahai...kesiannya.

Sejuk hati aku. Comel giler budak ni. Ayat tu memang aku ingat la. Jadi kami pun mula la operasi menyelamat ikan keli.

Itulah ceritanya. Budak tu masih anak-anak kecil lagi. Harap dia membesar menjadi anak yang comel, baik dan beragama. Itulah harapan bagi semua anak-anak sebenarnya.

Baiklah. Esok aku nak pergi jogging lagi..pukul 7.00 am tau... Jangan tak bangun sudah. Cuti katakan. Hehe..

posted from Bloggeroid