Tuesday, April 30, 2013

Pusing-pusing

Hari-hari yang pusing.
Semuanya terkejar-kejar sampai terpusing-pusing.
Hatipun tiba-tiba terpusing sama bila minda asyik pusing-pusing.
Makin berpusing-pusing mindanya selari dengan dunia yang terus berpusing.
Hah!!!
Celarunya hidup dengan pusingan-pusingan yang pelbagai ini.



Pusingan celaru membuatkan semuanya berserabut.
Abaikan.... Nak sangat abaikan semua hal tapi bukan semua hal boleh kita abaikan.
Ada yang begitu kukuh berpusing di minda sampaikan terkeliru sendiri.



Inilah realitinya jika dapat dilihat di minda.
Perlukan sesuatu yang segar.
Mendamaikan.
Menenangkan.
Semoga pusing-pusing ini hilang jauh menjauh dan terus menjauh.









Padang menghijau..
Langit yang membiru...
Ros merah kegemaran....
Banyaknya angan-angan di saat berpusing-pusing sebegini.
Semoga Allah s.w.t. memudahkan segalanya.

posted from Bloggeroid

Friday, April 12, 2013

Istilah "I miss you"

"I miss you"

Kata-kata biasa yang sering dituturkan bila setiap kali selesai bercakap dengan abah, ma dan abang.

Biasa.

Seperti juga ungkapan "I love you".

Itu sudah terbiasa sejak dari kecil lagi. Istilah yang pada orang yang tak biasa dengan perkataan itu akan dianggapnya 'gediks'.

Tapi itulah luahan perasaan yang simple. Untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang pada seseorang. Macam abah dan ma.

First time aku ucapkan kata-kata keramat ini masa aku darjah 6. Semasa rombongan ke Kuala Lumpur dan first time aku jauh dari family. Abah dan ma mungkin tak faham dengan ungkapan itu dulu tapi masa tu aku suka sangat dengar suara gelak abah dan ma bila aku menuturkannya. Macam ada suatu ikatan. Suatu rasa kasih yang kuat. Sejak itu dan sampai sekarang dan masa hadapan aku akan terus menuturkan kata-kata itu pada familyku terutama abah, ma & abang.

Dan sekarang terasa pelik pula bila istilah itu sering diungkapkan oleh seseorang kepadaku. Adakah rasa itu sama seperti rasa riang abah dan ma saat aku mengungkapkannya kepada mereka?

Mungkin.

posted from Bloggeroid