Tuesday, July 19, 2011

Kita Insan Terpilih Meskipun Malang...

Semalam... Aku baru sempat membaca "9 Nyawa" karya Ramli Awang Mursyid. Pada halaman 25, aku terjumpa ayat ini "...kita insan terpilih meskipun malang..."
Aku suka sangat dengan ayat ini. Bayangkan... dalam berjuta-juta kembar kita (sperma) yang berenang ke sebuah rumah yang sama, hanya kita yang berjaya menikmati keindahan dunia yang sementara. Cuma...malangnya bagi kita jika kita tidak tahu hendak membentuk kehidupan sementara kita ini ke arah yang sepatutnya... Ke arah mendapatkan keberkatan-Nya...

Sunday, July 17, 2011

Cerita...

Aku seorang yang ringkas dan sedikit pendiam. Kerana apa? Kerana aku bukanlah lahir untuk petah berkata-kata dengan sesiapa sahaja dan tentang apa-apa sahaja. Pendek kata kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang berdisiplin dan terdidik dengan adab sopan. Dari segi percakapan, berpakaian malahan pergaulan semuanya sentiasa diperhatikan oleh abah dan mama. Tidak boleh bercakap kasar dan kotor, tidak boleh bergaul bebas dengan kawan lelaki ( kawan lelaki kalau nak berkawan dengan aku diwajibkan datang ke rumah ), tidak boleh keluar rumah sesuka hati kecuali ada urusan penting dan banyak lagi pantang larangnya sehinggakan aku susah untuk bergaul dengan kawan-kawan. Kerana itu aku menjadi pendiam dengan orang luar. Aku hanya akan petah berkata-kata jika aku yakin tentang sesuatu atau aku sudah rapat dengan seseorang itu.
"Pemalu". Satu lagi, "sombong". Bila kita malu, biasanya kita akan menjadi individu yang pendiam. Dan bila kita diam, orang akan mula menganggap kita sombong. Hairankan?? Jika orang tidak mengenal aku dan hanya memandang dari jauh, mereka akan menganggap aku seorang yang sombong. Itulah aku... Dan banyak lagi kisahku...

Biru dan putih mengasyikkan...

Aku pencinta kedamaian dan ketenangan
Langit dan padang menghijau adalah kegemaranku
Kerana itu...
Mereka tidak mengerti.

Mereka tidak mengerti
Mereka selalu mengetawakan aku
Mengejek...
Mereka kata
Aku seperti katak
Terus bersembunyi di bawah tempurung.

Aku bukan mengalah
Tidak juga menolak pembangunan
Kerana aku tahu kemahuan hatiku
Di mana ada kedamaian dan ketenangan
di situlah hala tujuku.

Biarlah mereka ketawa
Biarlah mereka mengejek
Kerana aku tahu di mana aku berdiri
Kerana aku tahu aku mampu menggapai impianku.

Cuma aku...
Seorang pencinta setia
Yang mencari kedamaian
Di bawah lindungan-Nya.

Monday, July 11, 2011

Cerita bermula...

Buku... hari-hari dengan buku. Dari sekolah, universiti dan sampai sudah bekerja. Mungkin kerana asuhan sejak kecil maka aku memang tidak pernah lekang dengan buku....