Aku seorang yang ringkas dan sedikit pendiam. Kerana apa? Kerana aku bukanlah lahir untuk petah berkata-kata dengan sesiapa sahaja dan tentang apa-apa sahaja. Pendek kata kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang berdisiplin dan terdidik dengan adab sopan. Dari segi percakapan, berpakaian malahan pergaulan semuanya sentiasa diperhatikan oleh abah dan mama. Tidak boleh bercakap kasar dan kotor, tidak boleh bergaul bebas dengan kawan lelaki ( kawan lelaki kalau nak berkawan dengan aku diwajibkan datang ke rumah ), tidak boleh keluar rumah sesuka hati kecuali ada urusan penting dan banyak lagi pantang larangnya sehinggakan aku susah untuk bergaul dengan kawan-kawan. Kerana itu aku menjadi pendiam dengan orang luar. Aku hanya akan petah berkata-kata jika aku yakin tentang sesuatu atau aku sudah rapat dengan seseorang itu.
"Pemalu". Satu lagi, "sombong". Bila kita malu, biasanya kita akan menjadi individu yang pendiam. Dan bila kita diam, orang akan mula menganggap kita sombong. Hairankan?? Jika orang tidak mengenal aku dan hanya memandang dari jauh, mereka akan menganggap aku seorang yang sombong. Itulah aku... Dan banyak lagi kisahku...
No comments:
Post a Comment