Adakah anda Manusia?? Ya??? Kalau begitu anda tidak akan melakukan ini semua.
Setiap hari aku membaca newspaper dan setiap hari juga isu yang hampir sama dipaparkan. Isu buang bayi. Aku sensitif betul dengan bab ini!! Geram!!! Orang perempuan yang buat begini memang perempuan yang amat-amat dan sangat-sangat BODOH!!!HATI BUSUK!!! KEJAM!!! Langsung tiada otak ke perempuan-perempuan ni nak berfikir? Waras la sedikit!!!
Kes-kes yang baru-baru ini sahaja berlaku:
Seorang bayi yang dipercayai dilahirkan di asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar, Betong, Sarawak ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dan tikaman di perutnya sehingga terburai. Bayi perempuan yang malang itu dilahirkan oleh pelajar yang baru berusia 16 tahun.
tindakan hilang akal seorang remaja yang mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat dua di sebuah flat di Selayang, Selangor. Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan ngeri dan menyayat hati di dalam longkang.
Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui oleh seorang surirumah yang ditinggalkan di hadapan rumahnya di Baling, Kedah. Untungnya, bayi itu masih hidup.
Tahu tak semua? Mesti kamu semua tahu..sebab semua ini sememangnya berlaku di sekeliling kita. Bayi-bayi ini baru sahaja hendak bernafas di muka bumi Allah S.W.T. yang maha hebat ini. Kita tidak punya hak untuk merampas hak mereka. Kita pun tidak punya hak ke atas nyawa kita. Sebab, kita bukannya sesiapa. Tetapi dengan tiba-tiba ada tangan kasar yang menyakitinya tanpa rasa belas mendesak nyawanya dihentikan setakat itu dan riwayatnya diakhiri dengan kesakitan yang amat sangat. Ya Allah Ya Tuhanku... Di manakah letaknya nilai perikemanusiaan?? Sedangkan haiwan pun tidak sanggup melakukan sebegitu, malah melindungi anaknya dengan kasih sayang, sekiranya menangis akan dipeluk sehingga nyenyak tidur, lapar diberi makan dan hilang akan dicari-cari.
Sebagai manusia yang sempurna akal dan sifat yang Allah S.W.T. berikan, renung-renungkanlah. Tak kira setinggi mana darjat atau selemah mana darjat kita, kita adalah hamba Allah S.W.T. Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah di muka bumi ini. Jadi, hiduplah kita di muka bumi Allah ini dengan sentiasa tunduk dan patuh kepada-Nya.. Setiap apa yang dilakukan oleh manusia semasa di dunia pasti akan mendapat balasan yang setimpal.
Aku hanya menyatakan apa yang aku rasa. Aku tidak mengaku yang aku adalah manusia yang sangat baik dan sempurna di dunia ini tapi aku cuba... aku cuba untuk menjadi manusia yang baik dan sentiasa patuh kepada-Nya... Insyaallah... Bantulah aku sentiasa... Tunjukkanlah aku jalan yang sentiasa diredhai-Mu....
No comments:
Post a Comment