Wednesday, November 16, 2011

Lambat seh!!!!

Apa yang akan anda lakukan jika lambat bangun dan perlu tergesa-gesa ke tempat keje??

Huhuhu!!!

Pg yg haru....

Hari ni aku lambat siot!!

x tau nk cite...

yg penting... TENSION TUL LAU LAMBAT!!!!!!!!

SERIKKKK!!!!!!!!

Thursday, November 10, 2011

Pengalaman pertama secara formal

Ya Tuhan.. hari ni macam-macam jadi kat sekolah. Banyak benda yang naak kena buaat dan siapkan segera. Tapi yang satu ni betul-betul buat aku takut, nervous, saspens n macam2 la..

Tiba2 lepas baca Yaasin jam 8.30 am, pentadbir sekolah panggil mengejut. Arahannya, aku kena bagi ceramah kepada budak sekolah rendah lepasan UPSR. Gulp!!! Tak terkata. Angin ribut xde tiba2 suh aku pergi. Yang lagi harunya.. kul 9.00 am tu jugak aku kena bagi ceramah kat sekolah rendah tu. Ya Allah.. tak terkata aku. Cikgu muda yang tak pernah-pernah pun bagi ceramah tiba2 kena berceramah. Aku ni bukannya suka sangat bercakap malah x reti sangat nak bercakap kecuali masa mengajar di kelas. Aku x sediakan apa2 langsung p sana malah slaid yang kaunselor sediakan pun aku x sempat tengok dan wat ulangkaji. Alih-alih sampai sekolah tu terus pegang mikrofon dengan kat depan aku tu ada la 70 orang lebih budak darjah. Cikgu-cikgu sekolah tu lak asyik pandang aku. Muka dah merah dengan berpeluhnya.. memang teruk keadaan aku masa tu. Tapi aku buat bodoh jek. Ambik keyakinan diri.

Orang yg patut bagi ceramah sepatutnya kaunselor sekolah aku tapi dia pulak demam sakit-sakit badan. Sebab kawan punya pasal aku tolong la. Padahal aku bukannya tahu apa-apa pun.

Tapi kesimpulannya, pengalaman pertama ini benar2 mencabar bagi guru muda macam aku ni. Aku memang la mengajar di sekolah menengah tapi nasib baik perangai aku ni kebudakan sedikit, bolehlah berkomunikasi dengan budak2 kecik tu. Aku cakap bahasa yang mudah je dengan diorang. Kira membebel la jugak cuma isunya memang tak lari dari tajuk la. Semua pelajar senyap masa aku bercakap dan bila aku melawak diorang tergelak2. Nasib baik budak2 tu beri perhatian. Hehehee... Yang buat aku terharu, pengetua sekolah tu siap puji2 cara aku berkomunikasi dengan pelajar. Bangga la jugak walaaupun aku ni sekadar bidan terjun je pada hari tu menggantikan penceramah (kaunselor) yang sakit.

Pstt.... Tapi sumpah!! Aku tak nak jadi penceramah bidan terjun ni lagi.Cukup la aku sekadar mengajar di dalam kelas. Memang la nampak remeh. Setakat berceramah kepada budak2 kecik tapi ianya sebenarnya memerlukan skill , kesabaran dan kebolehan berkomunikasi. Mungkin di masa hadapan aku akan melakukannya lagi tapi itupun selepas aku mengajar lama di sekolah dan cukup pengalamannya. Bukannya seperti sekarang, hanya guru muda yang baru setahun jagung mengajar. Masih terlalu cetek ilmu dan pengalaman..

Tapi.. Alhamdulillah... kerana mempermudahkan urusan kerjaku hari ini. Ameen...

Wednesday, November 9, 2011

Hari ni genap umur aku 26 tahun. Cepat ya masa berlalu. Dah masuk 26 tahun aku bernafas di dunia ini. Semalam lama berborak dengan abah nga ma kat phone. Cam biasa banyak pesanan dorang. (Wajib: jangan tinggal solat, jangan kuar umah x tentu hala. hehe...) Insyaallah ma, abah, semua tu ilah ingat.

Thn ni aku sambut birthday awal. Sekali nga raya haji.. heheheee.. thanks ma, abah, kakak-kakak aku, abang2 aku, adik aku, anak2 buah aku, kawan2 kecikku and cousinku Wan and Man. Kamu semua memang best!!! Sayang semua! Muahhhh!!!!!!!!!!!! Ops.. sori Wan, Man, kissssss pnjang tu bukan untuk korang ek! Hahahaahaa!!! Apa-apa pun korang memang sempoi...

Pertama, terima kasih ma, abah.. hadiah tu mahal sgt. Ilah keje tujuh tahun pun belum tentu dapat beli hadiah semahal tu. Insyaallah, tahun ni comfirm ilah dapat lesen. Lau x rugi je abah nga ma bagi. hehehe.. Sayang abah nga ma... Muahhhhh!!!!!!!!!!! Abah. Tahun depan jgn la ngendeng2 nk sambut besday nga ilah. Abah punyer besday bln 5 la... Ni tak, kek dia lg besaq dr ilah. Benci tul abah ni...


Kedua, thanks kak long, chik, adik. abang2 dengan abang2 iparku and budak2 kecik yang aku geram sgt tuu!!!! Thanks coz wat majlis n sambut hari jadi aku sama2 thn ni. Thanks kak, abang dengan hadiahnya. Abang mie sorang jek x belikan aku hadiah. Tahun depan org tuntut tau!!

Ketiga, kepada budak2 kecik: Along, kakak, angah, Aya, Adika, Ain n Syawal. Thanks ya tahun ni sambut besday mak uda sama-sama. Walaupun kek Mak Uda hancur korang kerjakan tp Mak Uda x marah pun. ( Kesian kek aku, x sempat pun nak tengok dah tinggal separuh jek kat peti ais tu. Iskkk)

Keempat, thanks Siti. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Setiap thn kau x pernah miss besday aku walaupun kau dah ada hubby. Aku doakan kau dengan Apiz cepat2 timang baby n dimurahkan rezeki sentiasa. Nasihat skit, jgnlah kau minta si Apiz tu kenenkan aku dengan kawan2 dia. Segan aku kat Apiz tau. Kau ni pun. Agak-agak ar...

And last sekali kepada Wan and Man. Thanks ya. Tahun ni korang baik hati sangat. Tapi kot ya pun nak cat bilik aku, cat la sampai habis. Ni tak, celoreng2 je aku tengok! X kira ar, aku nak tuntut hadiah lain!!

Apa-apa pun, terima kasih untuk semua. Sampai bila2 kalian semua sentiasa di hati aku...