Ya Tuhan.. hari ni macam-macam jadi kat sekolah. Banyak benda yang naak kena buaat dan siapkan segera. Tapi yang satu ni betul-betul buat aku takut, nervous, saspens n macam2 la..
Tiba2 lepas baca Yaasin jam 8.30 am, pentadbir sekolah panggil mengejut. Arahannya, aku kena bagi ceramah kepada budak sekolah rendah lepasan UPSR. Gulp!!! Tak terkata. Angin ribut xde tiba2 suh aku pergi. Yang lagi harunya.. kul 9.00 am tu jugak aku kena bagi ceramah kat sekolah rendah tu. Ya Allah.. tak terkata aku. Cikgu muda yang tak pernah-pernah pun bagi ceramah tiba2 kena berceramah. Aku ni bukannya suka sangat bercakap malah x reti sangat nak bercakap kecuali masa mengajar di kelas. Aku x sediakan apa2 langsung p sana malah slaid yang kaunselor sediakan pun aku x sempat tengok dan wat ulangkaji. Alih-alih sampai sekolah tu terus pegang mikrofon dengan kat depan aku tu ada la 70 orang lebih budak darjah. Cikgu-cikgu sekolah tu lak asyik pandang aku. Muka dah merah dengan berpeluhnya.. memang teruk keadaan aku masa tu. Tapi aku buat bodoh jek. Ambik keyakinan diri.
Orang yg patut bagi ceramah sepatutnya kaunselor sekolah aku tapi dia pulak demam sakit-sakit badan. Sebab kawan punya pasal aku tolong la. Padahal aku bukannya tahu apa-apa pun.
Tapi kesimpulannya, pengalaman pertama ini benar2 mencabar bagi guru muda macam aku ni. Aku memang la mengajar di sekolah menengah tapi nasib baik perangai aku ni kebudakan sedikit, bolehlah berkomunikasi dengan budak2 kecik tu. Aku cakap bahasa yang mudah je dengan diorang. Kira membebel la jugak cuma isunya memang tak lari dari tajuk la. Semua pelajar senyap masa aku bercakap dan bila aku melawak diorang tergelak2. Nasib baik budak2 tu beri perhatian. Hehehee... Yang buat aku terharu, pengetua sekolah tu siap puji2 cara aku berkomunikasi dengan pelajar. Bangga la jugak walaaupun aku ni sekadar bidan terjun je pada hari tu menggantikan penceramah (kaunselor) yang sakit.
Pstt.... Tapi sumpah!! Aku tak nak jadi penceramah bidan terjun ni lagi.Cukup la aku sekadar mengajar di dalam kelas. Memang la nampak remeh. Setakat berceramah kepada budak2 kecik tapi ianya sebenarnya memerlukan skill , kesabaran dan kebolehan berkomunikasi. Mungkin di masa hadapan aku akan melakukannya lagi tapi itupun selepas aku mengajar lama di sekolah dan cukup pengalamannya. Bukannya seperti sekarang, hanya guru muda yang baru setahun jagung mengajar. Masih terlalu cetek ilmu dan pengalaman..
Tapi.. Alhamdulillah... kerana mempermudahkan urusan kerjaku hari ini. Ameen...
No comments:
Post a Comment