Saturday, June 30, 2012

Hitam... sangat merimaskan

Terasa down dengan kata-kata seorang kawan. Nampaknya kawan ini masih tidak mengenali hati kawannya sendiri.

Setiap masa kita cuba membuat yang terbaik demi seorang kawan tapi ianya seperti tidak bermakna jika dia tidak tahu menghargainya.

Ya Allah... Kata-kata ini agak bodoh untuk aku bicarakan. Sebenarnya tak guna hendak menyalahkan kawan. Mungkin diri sendiri yang tidak betul. Mungkin aku bukan kawan yang baik sehinggakan kawan itu berbicara sedemikian. Maaf jika diri ini tidak dapat memenuhi permintaan kawan dengan baik. Mungkin aku yang khilaf dalam bersahabat.

Tapi.. Kerana kata-kata kawan itu, hati ini benar-benar tersentap.

posted from Bloggeroid

Monday, June 25, 2012

Kisahnya tak sengaja

Tak sengaja? Apa yang tak sengaja? Mulut asyik bercakap benda yang bukan-bukan. Jagalah mulut. Jagalah akhlak. Tersilap kata buruk padahnya.

Mulut ini tak sengaja. Terlalu degil untuk senyap. Kenapa perlu berbunyi. Tidak bolehkah senyap sendiri menyimpan segala rasa. Akhirnya menyesal tak sudah.

Cuba tanamkan tekad di hati namun tekad itu sering cair dengan sendirinya. Tak tahu bagaimana untuk mengawal dan menjaganya.

Tolonglah.. Jaga perilakumu. Walaupun tanpa penggunaan Kekerasan fizikal namun secara batinnya mulut lebih kejam dan menyakitkan. Ia menyerang bahagian saraf yang sukar untuk disembuhkan jika ia terluka. Kerana luka angkara mulut sukar untuk dikesan. Berbeza dengan kecederaan fizikal. Ia dapat dikesan dengan mudah malah untuk mengubatinya juga senang kerana puncanya telah diketahui..

Cubalah jadi manusia yang berakal. Sentiasa menjaga akhlak dan budi pekerti. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi ini adalah antara kita dengan Allah..

posted from Bloggeroid

Sunday, June 24, 2012

AKU BERSERAH PADA-NYA

Semoga semuanya selamat... Aku bukan sesiapa. Aku bukan apa-apa. Aku tiada keajaiban untuk mengubah keadaan.. Andai aku punya, semua manusia malah semua makhluk Allah aku akan bantu.. Tapi.. Siapalah aku. Hanya manusia yang lemah. Yang belum tentu pengakhirannya. Yang belum tentu penamatnya. Hanya mengikut arus-Mu menuju kebenaran. Malah kadang-kadang hatipun sedikit tersasar. Namun kesedaran membetulkan niat.

Adan Ghaffar.

Dalam tempoh ini kesibukan membuatkan aku semakin melupakanmu. Cuba membuka ruang kepada diri untuk melupakan dan menerima yang baru. Namun hati sukar untuk dijangka. Kadang-kadang mulut dan hati tidak seiringan. Tak tahu kenapa takdir begitu.

Perkhabaran yang diterima agak berat untuk diterima. Tak tahu juga kenapa masih menangis untuknya. Terasa tersentak. Nafas seakan berat. Namun aku tahu hatiku. Harapnya ia benar. Mungkin kerana kenangan bersama membuatkan aku masih menangis untuknya. Mungkin kerana aku sudah mula menganggapnya sebagai kawanku yang baik.

Ya Allah.. Selamatkanlah dia. Kurangkanlah kesakitannya. Semoga dia kembali sedar dan hidup seperti sediakala mengikut caranya.

Ingin sangat berjumpa dan melihatnya. Mahu memberinya semangat dan kekuatan. Seperti dulu.

Adan Ghaffar... Harapanku. Cubalah untuk tabah dan terus bertahan. Banyak lagi yang perlu kau lakukan. Malah mungkin banyak lagi impianmu yang belum tertunai. Demi ayahmu. Demi dirimu sendiri. Tolonglah....

Doaku. Dari kejauhan. Sentiasa mengiringimu... Hanya itu yang aku mampu...

Ya Allah.. Peliharalah dia. Sedarkanlah dia dari lenanya sekarang. Aku tahu dia masih punya harapan kerana keajaiban ada pada-Mu. Hanya Engkau yang mampu menyembuhkannya.. Ameen...

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 20, 2012

Perasaan susah hati..

Tak suka dengan perasaan ini. Ia buat kita tak selesa untuk bekerja. Tak tahu di mana punca dan silapnya tapi suasana bekerja buat kita tidak selesa. Hati terasa berat yang teramat sangat.

Kita bekerja dengan jujur dan ikhlas dan melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya. Sebab itu adalah amanah. Dengan harapan bila kita melakukan yang terbaik orang lain juga akan turut melakukan yang terbaik untuk kita. Semuanya demi redha Allah.

Namun kadang-kadang apa yang kita dapat tidak sama seperti apa yang kita angankan. Mungkin kerana silap kita. Terlalu lemah. Terlalu baik. Terlalu menjaga orang lain. Sedangkan diri sendiri tidak keruan.

Sejujurnya.. Kita perlu lebih perbaiki diri- sendiri daripada menyalahkan orang lain. Tidak mengapa kita mengalah asalkan ia dapat mengeratkan silaturrahim bukannya berkeras sehingga memutuskan silaturrahim.

Semoga di masa akan datang kita akan menjadi manusia yang lebih baik. Ya Allah..bantulah aku dan permudahkanlah segala urusanku.. Hanya kepadaMu tempat aku berserah dan memohon pertolongan... Ameen.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

WARNA WARNI BERSAHABAT

Jalinan kisah hidup manusia sememangnya unik. Ada pelbagai rencah yang mewarnai perjalanan hidup seorang manusia. Gembira. Riang. Bersyukur. Sedih. Serabut. Stress. Geram. Marah. Dan selalunya walau apa pun yang berlaku kita selalu inginkan pengakhiran yang membahagiakan. Kegembiraan.

Begitu juga lumrah bersahabat.

Sahabat padaku sebagai pelengkap kehidupan selain daripada keluarga. Kita hidup bersahabat dengan harapan terjalinnya suatu perhubungan sejati yang ikhlas. Kerana sahabat yang baik akan menemani kita sama ada susah mahupun senang. Teguran, usikan, pendapat dan pandangan daripada sahabat seperti satu warna kehidupan. Mana mungkin seorang manusia itu boleh hidup sendirian tanpa rasa kesunyian. Walaupun orang kata kecanggihan teknologi dapat menggantikan segalanya namun keluarga dan sahabat tidak dapat diganti..

Mohon izin dan doa:
Agar aku bisa menjadi sahabat yang baik. Mungkin realitinya aku bukan manusia yang sempurna sebagai sahabat tetapi aku cuba menjadi sahabat yang baik. Doaku agar aku bukan sahabat yang dengki, suka mengeji, menghina, atau merendah- rendahkan sahabatku. Bentuklah aku menjadi sahabat sejati yang ikhlas dalam bersahabat. Ameen...

Warna-warni bersahabat..

































Kadang- kadang kita bersama. Kadang-kadang kita berpisah. Seawal kita lahir ke dunia Allah s.w.t. telah tetapkan siapa sahabat kita. Walaupun sekejap kita pernah bersama namun itu sudah digelar sahabat. Walau kita terpisah jauh kerana membawa haluan hidup masing- masing namun kita tetap sahabat. Walaupun tak sempat bertemu di sini, mungkin di sana. Kepada semua sahabat.. Semoga kalian berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Semoga tiada penyesalan dalam hidup kita. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepadaNya dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

Gambar ini adalah serba sedikit kenangan dalam bersahabat. Kepada yang lainnya.. Aku sayang kamu semua sebagai sahabatku..

Love you all...

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Insyaallah...



Walaupun hati kadang-kadang goyah. Namun hati ini sentiasa untukNya..

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 13, 2012


posted from Bloggeroid

Keinginan

Setiap kali kita rasa tertekan apa yang akan kita fikirkan? Mahukan? Agar tekanan itu berlalu pergi...
Setiap orang punya cara yang berbeza kerana lain orang lain caranya.
Ada yang lebih mendekatkan dirinya dengan unsur kerohanian malah ada juga yang lebih kepada hiburan.

Aku.. Dalam kategori mana agaknya. Alhamdulillah zikir sentiasa lekat di hati saat kepala mulai pusing. Goyah..

Saat ini. Memang kepala mulai pusing atau dengan istilah lebih senang sudah berat. Kerja sememangnya memenatkan. Tidak kira apa pekerjaan kita.

Ya Allah....

Susu. Tak sanggup sudah untuk minum. Tak tahu kenapa bila otak penat aku mesti nak minum susu. Sekarang terasa sebu tapi masih lagi stress...

Dalam kepala sekarang ada satu yang aku inginkan.

Ros. Bunga ros.

Kaedah ketiga mengurangkan stress. Tapi susahnya nak dapat kat sini. Teringin sangat. Mahu sangat...

_·)....

posted from Bloggeroid