Sunday, June 24, 2012

AKU BERSERAH PADA-NYA

Semoga semuanya selamat... Aku bukan sesiapa. Aku bukan apa-apa. Aku tiada keajaiban untuk mengubah keadaan.. Andai aku punya, semua manusia malah semua makhluk Allah aku akan bantu.. Tapi.. Siapalah aku. Hanya manusia yang lemah. Yang belum tentu pengakhirannya. Yang belum tentu penamatnya. Hanya mengikut arus-Mu menuju kebenaran. Malah kadang-kadang hatipun sedikit tersasar. Namun kesedaran membetulkan niat.

Adan Ghaffar.

Dalam tempoh ini kesibukan membuatkan aku semakin melupakanmu. Cuba membuka ruang kepada diri untuk melupakan dan menerima yang baru. Namun hati sukar untuk dijangka. Kadang-kadang mulut dan hati tidak seiringan. Tak tahu kenapa takdir begitu.

Perkhabaran yang diterima agak berat untuk diterima. Tak tahu juga kenapa masih menangis untuknya. Terasa tersentak. Nafas seakan berat. Namun aku tahu hatiku. Harapnya ia benar. Mungkin kerana kenangan bersama membuatkan aku masih menangis untuknya. Mungkin kerana aku sudah mula menganggapnya sebagai kawanku yang baik.

Ya Allah.. Selamatkanlah dia. Kurangkanlah kesakitannya. Semoga dia kembali sedar dan hidup seperti sediakala mengikut caranya.

Ingin sangat berjumpa dan melihatnya. Mahu memberinya semangat dan kekuatan. Seperti dulu.

Adan Ghaffar... Harapanku. Cubalah untuk tabah dan terus bertahan. Banyak lagi yang perlu kau lakukan. Malah mungkin banyak lagi impianmu yang belum tertunai. Demi ayahmu. Demi dirimu sendiri. Tolonglah....

Doaku. Dari kejauhan. Sentiasa mengiringimu... Hanya itu yang aku mampu...

Ya Allah.. Peliharalah dia. Sedarkanlah dia dari lenanya sekarang. Aku tahu dia masih punya harapan kerana keajaiban ada pada-Mu. Hanya Engkau yang mampu menyembuhkannya.. Ameen...

posted from Bloggeroid

No comments: