Monday, July 30, 2012

P@P tak tercapai

Terlalu kreatif tapi tak sesuai utk Sejarah..


posted from Bloggeroid

Tuesday, July 24, 2012

Syukurku pada yang Satu

Alhamdulillah.. Sudah selamat berpuasa untuk hari yang keempat. Semoga hari2 yang seterusnya sentiasa dipermudahkah Allah s.w.t. untuk menjalaninya dengan sabar dan penuh dengan kerahmatan.

Syukur pada yang Satu. Ya... Aku sangat2 bersyukur pada-Mu Ya Allah. Khabar gembira di awal pagi.. Terasa sejuk di hati. Terima kasih kerana memberi kesembuhan kepada sahabatku, Adan. Mendengar suara ceria ayahnya membuatkan aku benar2 rasa bersyukur. Untuk beberapa waktu ini, kesian si ayah. Tapi, dengan kesembuhan ini ia telah mengembalikan semula semangat si ayah. Terima kasih Allah. Adan.. Kuatkan semangat ya..

Baiklah.

Berikutnya, sejarah telah tercipta hari ini. Pertama kali aku buat kuih sendiri. Dari proses awal sampai akhir. Kuih Onde2.. Memang la cara pembuatan kuih ini sangat senang tapi bagi orang yang tak pernah buat kuih dan memasak ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Gembira sangat2. Lagi2 bila dapat menghantar kuih yang aku buat itu ke rumah kawan2 bujang. Gembiranya....

Sekarang terasa nak terus belajar memasak. Hahahaha!!!

Insyaallah....

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 17, 2012

Rasa hati

Tak sabar nak balik kampung. Sambut puasa dengan abah, ma dan seluruh ahli keluarga.. Sangat-sangat rindu dengan mereka semua.

Jadi... Oleh kerana dah nak balik kampung, semua kerja mesti diselesaikan dengan cepat. Jangan ada yang tertangguh lagi. Tak nak bila hampir nak bergerak balik masih ada lagi kerja yang belum selesai. Tak suka tergesa-gesa. Biarlah balik dengan hati tenang untuk berkumpul dengan abah, ma dan yang lain-lain.

Mood: :-)♡♡♡♡♡ suka sangat-sangat. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.. Ameen...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 15, 2012

Rindu..

Setiap kali call, mesti dengar riuh rendah kat sana. Dalam kepala asyik terfikir, apa mereka tengah buat sampai riuh semacam. Mesti budak2 kecik tu tengah main kejar. Ataupun bersorak bila bulu tangkis jatuh sebelah pihak lawan. Ataupun berenang kat kolam sambil simbah2 air. Ataupun bersorak bila ada yg tunjuk kepakaran menunggang basikal. X pun berebut nak main playstations.

Kak long dgn kak cik mesti tengah bersembang kat pondok tepi rumah sambil tgk bdk2 ataupun kat dapur tgh memasak. Biasanya walaupun berdua jek, kecoh kat dapur tu macam orang tengah masak untuk kenduri. Bestnya kalau kak long dengan kak cik masak. Sedap...

Abah dgn ma pulak mesti ada kat kebun.. Sekarang abang mie ada kat kampung buat teman abah dgn ma kan.. Masa call td Kak long cakap abang mie dengan abang long siap simpan lg durian dari kebun untuk adik dia ni. Siap x bagi orang lain sentuh lagi. Thanks abang mie.. Abang long... Sayang abang... Awal puasa ni insyaallah ada kat kampung dan dapat la jamah durian tu. Tapi satu je yang musykil kat kepala ni. Kalau simpan seminggu, elok lagi ke durian tu? Emmmm..... Xpelah...

Rindunya kat kampung. Nak balik jugak. Bila dorang bising2 camtu terasa sayu sangat. Memang hidup kat sini tiada masalah malah happy jek. Tapi mana nak sama kalau di samping keluarga kan.. Lagi2 bila abang mie dah balik kampung ni. Rasa semacam. Biasanya ada abang yang jaga kat sini. Apa2 hal mesti rujuk kat abang dan abang akan tolong. Tapi sekarang dah lain... Betul ke abang mie nak terus kerja kat kampung ni? Kalau macam tu, ilah pun nak balik jugak....

Nak balik... Nak balik... Nak balik....

Kadang2 kepala ni berfikir macam budak kecik..hehehehe

posted from Bloggeroid

Saturday, July 14, 2012

Bayangan..

Dalam hidup ini,
Aku hanya memandang ke depan,
Tak pernah melihat orang atau perkara yang berlaku di sekelilingku,
Hanya melangkah setapak demi setapak,
Cuba membuktikan diri,
Mengejar bayangan yang sentiasa di sisi,
Aku tak pernah luangkan masa melihat kiri dan kanan,
Mungkin...
Aku patut toleh walau sekali,
Mungkin...
Haluanku ada di situ.

Soal hati...

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

KEAJAIBAN..

Dah lebih seminggu. Masih dalam keadaan yang sama. Kesian si ayah. Jauh berkelana di tempat orang. Tiada tempat untuk mengadu jiwa. Tentu setiap hari sentiasa tertekan. Bila anak ingin bangkit? Bangkitlah demi ayah. Celik mata lihat wajah ayah. Gembirakan hati ayah. Jangan terus menyeksa hati tua itu...

Doa dari jauh sentiasa mengiringi perjalanan kalian..

posted from Bloggeroid

Monday, July 9, 2012

My love DBJ... Maaf sangat2...

Ya Allah... Dalam tempoh x sampai seminggu, dua kali kau kena kan. Maaf sangat2. Maaf sebab x jaga kau dengan baik. Kesian kau. Hbs luka2 & calar2. Ok. Aku cuba usahakan utk kembalikan kau seperti sediakala. So... Kau mesti berusaha untuk sembuh ya. Jangan buat aku sedih...

Sebab kau jugak DBJ. Kali ni aku tipu abah. Aku cakap x ada apa berlaku sedangkan kau lebam2. Sebab kecuaian aku...

Maaf abah... Ilah sayang abah..

Aku tahu abah risau sebab tu aku tipu cakap takde apa yang berlaku. First DBJ kena cium dengan motor, abah tiba2 call. Selang beberapa minit je aku kena.. Kali tu aku terus terang dengan abah ceritakn apa yg berlaku sebab aku rasa x teruk sgt kena. Tapi ayat abah dengan suaranya yg perlahan buat aku sayu.
" lain kali kena lebih hati2". Tika itu aku dengan yakin berjanji untuk lebih berhati-hati.

Tapi kali kedua kena, makin teruk calar DBJ. Lepas cuci kereta bila nak keluar dari parking aku bendul sangat ikut arahan pekerja cuci kereta tu utk undur terus tanpa pedulikan cermin belakang dan sisi. Alih2 tersondol van tauke kedai cuci kereta. Otak memang dh jem. Nasib ada kawan kalau tak memang tak bergerak kereta dari situ.

Sampai rumah tiba2 abah call. Byk kali tp aku takut nk jawab. Insting org tua kuat. Abah macam tahu ada sesuatu yg berlaku. Lps mandi solat bru aku jawab panggilan abah dan kali ni aku menipu.. Aku tak ceritakan hal kemalangan tu. Aku takut abah risau. Tp dr nadanya walaupun aku x cerita tp abah macam tahu ada yg tak kena.

"dengar abah pesan ni, kena lebih hati2. Sembahyang sunat dan sembahyang taubat. Mana tahu ada terbuat salah. Insyaallah.. Jauh dari bencana."

Ya Allah... Sayang sangat2 kat abah. Walaupun aku tak cakap tapi abah sentiasa tahu apa yang terjadi. Abah boleh rasa apa yang aku rasa. Maaf abah sebab menipu. Insyaallah... Ilah akan lebih berhati2..

Hebat kan org tua kita. Mereka sebenarnya boleh rasa apa yang kita rasa. Macam abah. Instingnya kuat mungkin sebab darah abah mengalir dalam tubuh aku. Masa kecil, aku, kak chik dan abah saling berkongsi darah. Setiap bulan, transfungsi darah berlaku. Tubuh aku dan kak chik agak lemah masa kecil jadi dengan darah abah kami bertahan dan boleh berdiri tegak seperti sekarang. Dan sebab tulah juga aku terlebih manja dengan abah.

Terima kasih abah. Terima kasih sangat2 dengan segala pengorbanan untuk kami. Insyaallah.. Ilah akan lebih hati2 dan lebih berdikari. Xnak manja2 dah.. Tapi, manja anak abah susah untuk dibuang... Kadang2 di tempat kerja sifat manja itu ada. Macamana?? Susah untuk kikis. Takpe.. Anak abah memang begini kan. Abah ckp asalkan tahu jaga diri dan tidak berkelakuan berlebihan insyaallah semuanya selamat. Jadilah diri sendiri. Usah pedulikan kata2 orang lain janji anak abah tak buat salah.

Hemmm... Banyaknya berceloteh malam ni. Dari DBJ, sampaikan kisah masa kecil dengan abah dan nasihat2 abah semuanya bermain di kepala. Mungkin sebab aku tengah rindu kat abah saat ni. Sayang abah sangat2. Semoga abah sihat dan gembira selalu dan hati abah sentiasa diselaputi ketenangan... Ameen....

I love you abah..

posted from Bloggeroid

Friday, July 6, 2012

Soal Jodoh.

Esok kerja lagi. Terdetik di hati, hidup ni hanya untuk kerja ke? Yang lain-lainnya macamana? Kehulu hilir hulu hilir setiap hari dengan rutin yang sama... Kerja. Tujuannya. Duit. Tapi, takkan tu sahaja yang kita hendak dalam hidup.

Keluarga di kampung dah mula bising. Takkan dah kerja elok calon xde lagi. Bila nak bawa balik? Hadoilaaaa.. Pening.. Ayat standard.... "Sibuk abah. X sempat nk keluar bersosial". Tolong la jangan tanya lagi soalan tu. Kadang2 tension. Kalau ada jodoh... Insyaallah.. Ada la tu.. Soal jodoh kita tak boleh nak paksa kan. Abah dengan ma mesti faham itu. Jangan paksa.

Maaf abah. Ma... Maaf sangat2 sebab mengecewakan. Tp soal jodoh memang rumit untuk ditafsirkan. Tapi, terima kasih sebab memahaminya. Sayang sangat dengan abah. Ma.

Satu hari, x tahu bila, insyaallah... Semuanya bergantung kepadaNya. Kita hanya mengikut arusNya. Semoga arusNya akan membawa kebahagiaan kepada kita. Semoga kehidupan kita dipermudahkan segalanya. Ameen..

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 4, 2012

Tetap tertawa walaupun sebenarnya aku ingin menangis

Sangat2 berharap dia cepat sembuh. Memang haluan dah berbeza tapi tak semestinya kita akan melupakan semuanya. Semuanya kenangan hidup sama ada manis atau perit.

Cepat sembuh seperti masa dahulu. Mesti kuat. Hanya mampu doakan dari jauh.

Maaf sangat2 kerana menghampakan harapan... Kawan..

Sayang sangat tapi hanya sayang sebagai kawan.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 1, 2012

Apa dalam hati??

Susahnya berkawan.. Kenapa perlu ada perasaan begini sedangkan dengan berkawanlah kita akan melalui pelbagai pengembaraan dalam hidup.

Mungkin ada yang tersirat di sebalik persahabatan ini. Tidak guna kan kalau aku selalu mengeluh. Sepatutnya aku menjadi lebih baik. Lebih baik.. Lebih baik!!!

Jangan terlalu memikirkannya. Bayangkan semuanya seperti angin. Tidak pernah kekal di tempatnya. Bergerak dan terus bergerak. Tidak perlu menoleh ke belakang.

posted from Bloggeroid