Tuesday, July 24, 2012

Syukurku pada yang Satu

Alhamdulillah.. Sudah selamat berpuasa untuk hari yang keempat. Semoga hari2 yang seterusnya sentiasa dipermudahkah Allah s.w.t. untuk menjalaninya dengan sabar dan penuh dengan kerahmatan.

Syukur pada yang Satu. Ya... Aku sangat2 bersyukur pada-Mu Ya Allah. Khabar gembira di awal pagi.. Terasa sejuk di hati. Terima kasih kerana memberi kesembuhan kepada sahabatku, Adan. Mendengar suara ceria ayahnya membuatkan aku benar2 rasa bersyukur. Untuk beberapa waktu ini, kesian si ayah. Tapi, dengan kesembuhan ini ia telah mengembalikan semula semangat si ayah. Terima kasih Allah. Adan.. Kuatkan semangat ya..

Baiklah.

Berikutnya, sejarah telah tercipta hari ini. Pertama kali aku buat kuih sendiri. Dari proses awal sampai akhir. Kuih Onde2.. Memang la cara pembuatan kuih ini sangat senang tapi bagi orang yang tak pernah buat kuih dan memasak ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Gembira sangat2. Lagi2 bila dapat menghantar kuih yang aku buat itu ke rumah kawan2 bujang. Gembiranya....

Sekarang terasa nak terus belajar memasak. Hahahaha!!!

Insyaallah....

posted from Bloggeroid

No comments: