Satu hari dalam minggu ini...terserlah ketidak prihatinan aku tentang isu politik di Malaysia. Kesannya...kesian sahabatku seorang kerana terpaksa menanggung malu dan stress. Maaf ya kak. Kesilapan yang betul2 tidak disengajakan dan telah menimbulkan kecelaruan terhadap program yang berlangsung.
Kisahnya mengenai satu program yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan. Niatku hanya mahu menolong seorang kakak menyiapkan buku program. Tetapi lain jadinya bila dalam buku program tersebut aku masukkan tema kemerdekaan negara 2012 dan ada juga tema parti pembangkang lain. Sumpah!! Aku memang tak tahu. Kalau tahu aku takkan masukkan kata2 tersebut. Aku masukkan kata2 @ tema parti pembangkang itu sebab aku rasa kata2nya menarik. Langsung tak terdetik untuk mengaitkan program ini dgn politik tapi itulah...betapa tak prihatinnya aku dengan isu politik.
Tak pasal2 aku dicop fanatik @ orang kuat parti pembangkang.
Maaf!! Ini memang tidak disengajakan.
Tapi, satu kemusykilan. Sebelum diprint dgn cantik buku program ini aku sudah menunjukkan drafnya dengan pihak yang bertanggungjawab. Namun tiada seorang pun yang perasan itu semua kecuali memuji design buku program itu cantik.. Natijahnya, setengah jam sebelum program berlangsung semua orang kelam kabut sebab buku program yang dikatakan berunsurkan politik.
Salah siapa?? Aku memang bersalah. Tapi pihak yang bertanggungjawab dan lagi senior dari aku itu takkan tidak sedar itu semua..
Ya Allah... Maafkan kesilapan aku itu. Maaf ya kakak kerana silap dalam hal ini.. InsyaAllah lain kali akan lebih berhati-hati...

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment