Wednesday, October 31, 2012

ISTIQAMAH

Kenapa masih tidak mampu untuk istiqamah...
Hari ini mengeluh lagi. Mengeluh sebab penat. Semoga bila bangkit dari tidur esok, semuanya akan menjadi lebih mudah dan indah...

posted from Bloggeroid

Monday, October 22, 2012

SENTAL DENGAN DAWAI HATI YANG KOTOR. TAPI, BOLEH KE?

Hari ni aku belajar sesuatu. Kalau orang buat jahat kat kita atau mempergunakan kebaikan kita demi kepentingan diri sendiri, sudah tentu kita marah kan. Aku pun tak suka dengan situasi begini.

Baru-baru ini aku tak tahu kenapa aku jadi pendendam. Aku tak suka dengan apa yang individu-individu sebegini lakukan. Hati rasa kotor sangat dengan perasaan sebegini. Nak sangat balas balik apa yang individu-individu ini lakukan. Cuma...bila cuba buat begitu rasa hati makin berserabut. Langsung rasa tak tenang.

Dangkalnya pemikiran aku kan. Boleh terfikir nak balas balik. Kalau orang tu teruk atau jahat, takkan aku pun nak jadi sama macam mereka. Kenapa nak ikut rentak mereka yang bodoh. Kalau mereka begitu, kenapa nak cuba rapat. Tapi, takkan nak putuskan hubungan silaturrahim pula kan. Itu bodoh namanya. Jadi, abaikan sahaja.

Sekarang mula terfikir.. Aku tak mahu jadi manusia teruk sebegitu. Kenapa aku nak berdendam? Tiada gunanya. Hanya menambahkan dosa sendiri sahaja. Tapi, sejak dua menjak ini aku memang lari dari prinsip asalku. Nampaknya..aku perlu bersihkan balik pemikiranku ini. Kalau dapat nak sahaja sental dengan berus dawai. Bagi hilang segala kotoran degil ini. Ya Allah... Ampunilah aku Ya Allah...

Abah selalu cakap....
" Dalam hidup kita ni biarlah kita sentiasa buat baik dengan diri sendiri dan orang lain. Biarlah apa orang nak kata janji hati kita bersih. Sebab, kita hidup di dunia ini atas ehsan Allah s.w.t. dan satu hari kita akan kembali kepadaNya. Biarlah orang jahat dengan kita asalkan kita tak buat jahat kepada orang lain. Jagalah hati kita supaya sentiasa bersih."

Rindu sangat-sangat dengan abah...sangat-sangat..

Aku kena buang segala kekotoran ini. Kena buang segala pemikiran yang buruk-buruk ini. Maafkanlah mereka yang telah menyinggung hati. Sebab aku bukannya sesiapa. Aku hanya insan biasa yang mahukan ketenangan dan keredhaan Allah s.w.t.

Maafkanlah aku ya Allah. Maafkanlah segala pemikiran dangkalku ini..

posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

Dulu vs kini

Masa sekolah, senang nak jatuh cinta.
Remaja katakan...
Tapi bila dah dewasa dan bekerja, pemikiran mula berubah.
Sekarang, jatuh cinta bukan lagi perkara senang seperti dulu.
Banyak benda hendak difikirkan.
Perlu ke bercinta bagai nak rak tapi akhirnya tiada kesudahan.
Terasa rugi.
Kenapa nak rosakkan lagi hati kita dengan perkara-perkara sebegitu.
Kahwin kemudian bercintalah.
Terima pasangan kita seadanya.
Itu rasanya lebih mudah dan membahagiakan.
Hati kita lebih terjaga dan mengikut hukum Allah.
InsyaAllah...

posted from Bloggeroid

Saturday, October 13, 2012

Rentetan kisah

Saya penat.
Sangat penat sebenarnya.
Pertama kali rasabya dalam sejarah hidup saya, saya berusaha segigih dan sekuat ini.
Tapi saya punya semangat.
Sebab saya ada matlamat.
Matlamat yang sedang saya usahakan dengan gigih untuk mencapainya..

Pengalaman ini suatu pembelajaran. Untuk saya terus mengejar impian. Biarpun penat...tapi itu satu pengalaman yang mematangkan saya.

Untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya...
Saya kena lebih..lebih....lebih.....bersemangat!!!

Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat kerahmatanNya..

posted from Bloggeroid

Friday, October 5, 2012

Seminar Baitul Muslim (OneHeart Creative Solution) II

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( pensyarah & pendakwah)
-Dewan Kristal, Menara TM, Petaling Jaya-

Jodoh adalah "rahsia Allah" yang kita tidak ketahui bila hadirnya. Yang utama, persiapkanlah diri untuk melaluinya.

Perlu diusahakan dalam mencari jodoh:
1. Berdoa
2. Buang persepsi negatif, optimis
3. Gunakan cara, jalan dan kaedah berkenalan yang diharuskan syara': Nazhar, ta'aruf
4. Istisyarah
5. Istikharah
6. Tawakal, redha dan berserah

Tips mencari jodoh:
1. Meminta bantuan ibubapa, saudara mara atau seseorang yang soleh untuk mencari jodoh.
2. Menyertai organisasi dakwah yang ada menyediakan khidmat 'Baitul Muslim'.
3. Menyertai aktiviti kebajikan dan seminar atau program2 keagamaan serta aktif dalam kerja2 kemasyarakatan.
- persoalan mendapatkan jodoh yang baik sebagai manfaat sampingan.
4. Melalui laman sosial, blog @ forum islamik.
5. Menawarkan diri kepada lelaki/ wanita soleh.

Langkah praktikal.
1. Kenal diri - ilmu, pendidikan, sikap dan sifat diri, kewangan, rupa & tubuh.
2. Fahami pasangan bagaimana yang diidamkan
3. Jangan terbuai dek khayalan mendapat yang sempurna...
4. Dimanakah individu sebegini wujud??? Pergilah....cari...
5. Terdapat akses untuk ta'aruf? Jika tiada?
Gunakan orang tengah.
6. Lihat wajahnya dan yang penting agamanya.
- Cara pemakaian menentukan dalamannya.
7. Risikan tambahan melalui sumber yg amanah.
8. Dia sudah berpunya??
9. Jika belum, cari dan telitilah sifatnya.
- lihatlah perkataannya
- baca tulisannya
- cara dia bergambar
- tempat kunjungannya dan ulasannya
- komentarnya di facebook?
- gaya, pakaian, beg dan kenderaannya
- gurauannya dengan rakannya
- responnya kepada pujian
10. Berkomunikasi dengan limitasi
- ada aturan dalam komunikasi dan perkenalan.
11. Teruskanlah jika bersesuaian.

--------------------------
* Sedang menunggu kura-kura tapi kelihatannya kura-kura ini terlalu lambat pergerakannya...

posted from Bloggeroid

Seminar Baitul Muslim (OneHeart Cretive Solution) I

Ustaz Pahrol Md Juoi ( penulis, pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd)

1. Dosa.... Sesuatu yang meresahkan hati kita.
2. Buta mata tak nampak dunia... Buta hati tak nampak akhirat.
3. Sayang diri kita untuk kita menyayangi orang lain.
-------------------------------
* Egokah aku jika aku susah untuk menyayangi seorang lelaki?? Pada aku, aku tidak ego tapi aku hanya mahu menjaga kebajikan diriku...bukan kerana aku tidak mampu menjaga diriku tapi sudah lumrah alam lelaki akan menjaga wanitanya. Aku mahu dijaga dengan baik berlandaskan agamaku...bukan kerana harta, rupa mahupun pangkat..

"Aku memang bukan gadis hebat untuk dapat lelaki yang hebat, tapi aku berusaha untuk menjadi hebat..

Aku bukan baik tapi aku berusaha untuk menjadi baik...

Aku bukan kuat agama tapi aku berusaha untuk mendalami agama..

Aku bukan sesiapa tapi aku sedang berusaha untuk melalui jalanNya..

Jangan mengeji, mengutuk atau memarahi aku kerana kelemahanku...

Kerana aku sedang berusaha mencari diriku yang sebenarnya.

Bantulah aku untuk terus berusaha.

Jangan patahkan semangatku."

posted from Bloggeroid