Monday, October 22, 2012

SENTAL DENGAN DAWAI HATI YANG KOTOR. TAPI, BOLEH KE?

Hari ni aku belajar sesuatu. Kalau orang buat jahat kat kita atau mempergunakan kebaikan kita demi kepentingan diri sendiri, sudah tentu kita marah kan. Aku pun tak suka dengan situasi begini.

Baru-baru ini aku tak tahu kenapa aku jadi pendendam. Aku tak suka dengan apa yang individu-individu sebegini lakukan. Hati rasa kotor sangat dengan perasaan sebegini. Nak sangat balas balik apa yang individu-individu ini lakukan. Cuma...bila cuba buat begitu rasa hati makin berserabut. Langsung rasa tak tenang.

Dangkalnya pemikiran aku kan. Boleh terfikir nak balas balik. Kalau orang tu teruk atau jahat, takkan aku pun nak jadi sama macam mereka. Kenapa nak ikut rentak mereka yang bodoh. Kalau mereka begitu, kenapa nak cuba rapat. Tapi, takkan nak putuskan hubungan silaturrahim pula kan. Itu bodoh namanya. Jadi, abaikan sahaja.

Sekarang mula terfikir.. Aku tak mahu jadi manusia teruk sebegitu. Kenapa aku nak berdendam? Tiada gunanya. Hanya menambahkan dosa sendiri sahaja. Tapi, sejak dua menjak ini aku memang lari dari prinsip asalku. Nampaknya..aku perlu bersihkan balik pemikiranku ini. Kalau dapat nak sahaja sental dengan berus dawai. Bagi hilang segala kotoran degil ini. Ya Allah... Ampunilah aku Ya Allah...

Abah selalu cakap....
" Dalam hidup kita ni biarlah kita sentiasa buat baik dengan diri sendiri dan orang lain. Biarlah apa orang nak kata janji hati kita bersih. Sebab, kita hidup di dunia ini atas ehsan Allah s.w.t. dan satu hari kita akan kembali kepadaNya. Biarlah orang jahat dengan kita asalkan kita tak buat jahat kepada orang lain. Jagalah hati kita supaya sentiasa bersih."

Rindu sangat-sangat dengan abah...sangat-sangat..

Aku kena buang segala kekotoran ini. Kena buang segala pemikiran yang buruk-buruk ini. Maafkanlah mereka yang telah menyinggung hati. Sebab aku bukannya sesiapa. Aku hanya insan biasa yang mahukan ketenangan dan keredhaan Allah s.w.t.

Maafkanlah aku ya Allah. Maafkanlah segala pemikiran dangkalku ini..

posted from Bloggeroid

No comments: