Monday, December 31, 2012

Hatinya Bak Kain Putih

Abaikan... Ya. Abaikan segala benda yang menyedihkan. Selepas ini apa sahaja yang berlaku aku akan cuba melaluinya dengan senyuman. Jangan stress2 dan sedih2. Kalau aku cerita perkara apa yang buat aku serabut sedih sgt beberapa hari ni...mesti orang akan gelakkan aku. Ya. Sesuatu yang mudah sahaja sebenarnya tapi tak tahulah kenapa akal ku ini nak berfikir pelik2. Macam2 perangai orang perempuan ni kan. Huhu... Aku la tu..

Baiklah... Tahun 2013 adalah tahun ke 4 aku bergelar seorang guru. Tahun ni juga mungkin tahun yang menarik kepadaku sebab pertama kali aku mengajar pelajar tingkatan 1 malah siap jadi guru tingkatan mereka lagi. Selama ni aku mengajar budak2 besar dan kali ni aku akan mengajar budak2 kecik pula. Kenapa aku excited sangat??? Sebabnya....

Mereka sangat comel!!! Huhuhu...

Aku suka budak2. Comel2 je lepas tu perangai mereka pun aku rasa comel. Aku suka pegang2 pipi, peluk2 tubuh kecik tu lepas tu yang paling aku suka usap atau istilah lain gosok kepala mereka. Semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 dalam kelas aku tadi sempat la jugak aku usap2 kepala diorang. Tapi bukan melebih- lebih ya takut lain pulak jadinya. Anak orang kan. Kalau anak sendiri dah lama aku peluk cium. Hehe...

Mungkin ada yang pelik kenapa aku suka buat begitu... Sebenarnya setiap kali aku usap kepada budak2 kecik ni aku rasa sayang sangat dengan mereka. Rasa tenang sangat. Bila aku usap kepala mereka aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang baik. Tenang giler. Perasaannya sama seperti bila abah, ma atau abang aku usap kepala aku. Lagi2 abah sampai sekarang suka benar usap kepala aku. Rasa macam disayangi.. Bahagia sangat...

Sambing cerita.... Yang paling selalu kena usap kepala dengan aku anak saudara aku yang sulung.. Muhammad Alif Izzuddin @ abang long. Suka benar peluk2 & cium pipi abang long. Pergi mana2 mesti bertepek je dengan dia. Huhu... Rindu pulak la..

Jadi, tahun 2013 aku akan melayan anak2 kecil yang comel!! Jadi, sesiapa yang kena pegang @ usap kepala dengan aku kira bertuah la tu. Huhu..

Aku harap sangat mereka akan menjadi anak yang baik selari dengan wajah dan kelakuan mereka yang comel yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Bantulah aku menjadi guru yang baik dan berdedikasi. Janganlah aku lemah. Janganlah aku mudah mengalah Ya Allah. Tunjukkanlah laluan yang cerah kepada anak2 didikku agar mereka melalui jalan yang benar. Didiklah hati mereka untuk menjadi insan yang baik. Begitu juga aku Ya Allah. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik lagi. Aaminn....

posted from Bloggeroid

Friday, December 28, 2012

Bagai kepala dihempas ke batu...

Hati mesti sentiasa bersangka baik. Nanti diri yang merana kerana asyik fikir....fikir....fikir.... Tapi kalau hati saja yang bersangka baik tapi akal menidakkan tiada gunanya juga.

Ok. Rasa down!!

Huh!!! Macam-macam ragam. Macam nak buat tak endah je dengan semua benda. Hanya fikirkan diri sendiri. Pedulikan orang lain. Sebab orang lain bukannya kisah pun dengan diri kita. Kita kena fikirkan diri kita sendiri dahulu bukannya orang lain. Ok. Aku malas nak fikir apa-apa dah! Abaikan. Buat tak tahu saja.

Sekarang tu la masalahnya... Kenapa la hati orang perempuan ni lembut sangat. Lembik. Tu aku tujukan utk diri aku sendiri. Ok. Jangan fikir apa-apa. Jangan fikir... Fikir pasal diri sendiri dan keluarga sahaja. Ya. Sepatutnya begitu.

Sekarang ni rasa macam apa entah... Renung je ke depan tanpa buat apa-apa...




Semoga... Esok pagi hati ini akan baik-baik saja. Semoga perjalan hidupku berikutnya sentiasa di bawah payung rahmat-Mu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Chezzy In Jar..

Chezzy In Jar...











Ini dia... Hohoho.... Dah lama tak masak-masak. Dah lupa dah sebenarnya nak buat Chezzy In Jar ni. So, semalam kami buat projek masak-masak. Mcm biasa la mesti sampai tengah malam baru siap. Huhuhu...penat tapi berbaloi-baloi...

Ok. Ini projek aku, Kak Faizah & Kak Salina semalam..












posted from Bloggeroid

Wednesday, December 26, 2012

First day...

26 Disember 2012 ~ first meeting utk tahun baru. Wah!! Beratnya hati nak mula bekerja balik. Cuti dah habis. Malas sangat-sangat!!

Teruknya pemikiran aku ni kan. Macamana la nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak didikku. Cikgunya pun sengal je. Huhu...

Bukan apa. Maklum, cuti lama kan. Jadi bila nak masuk kerja balik untuk tahun baru ni terasa berat di hati. Maklumlah, belum ada momentum kerja lagi. In shaa Allah, tunggu seminggu dua lagi semangat bekerja itu akan kembali macam biasa. Apa-apa pun halangan sama ada dari segi fizikal mahupun mental, semua itu tidak akan menjadi masalah jika kita sedar tanggungjawab kita. Suatu amanah berat yang kita pegang. In shaa Allah..


Dengan kak Faizah yang semakin bambam..hahahaha!! Aku pun dah makin bambam sama dah lepas naik cuti ni.

Kami kat belakang sempat lagi posing masa mesyuarat. Saje. Buat apa nak stress-stress kan diri.

Ok. Sebenarnya penat sangat mlm ni untuk bercerita. Wah!! Dah awal pagi pun sebenarnya.Baru balik makan dengan kawan-kawan di Bubur Sentosa, JB. Dah lama tak keluar beramai-ramai macam ni sebenarnya. Macam-macam benda diorang nak borak. Huhu..

Mata makin suntuk. Perlukan tidur yang cukup. Esok ada meeting lg dan kemungkinan meeting yang panjang. Harap hati mampu tabah untuk menghadapi meeting yang panjang itu. In shaa Allah.



Peneman untuk esok...

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 25, 2012

Muhammad Alif Izzuddin punya pasal la ni...

Serius!! Aku menangis masa abang long nak naik bas ke Larkin ptg tadi. Ya Allah... Manjanya aku ni. Tapi memang betul la. Air mata tak boleh nak tahan dah. Automatik je mengalir. Abang long pun dah macam nak nangis dah tp dia tahan je. Muka dah merah semacam.

Semalam masa tidur memang kelakar la abang long ni. Memang penakut giler. Padahal dah nak masuk darjah 5 dah tahun depan.

Kisahnya, katil kat bilik aku ni katil bujang je. Faham2 jelah dah namanya katil bujang jadi hanya sorang jelah muat. So, aku hampar la toto kat tepi katil tu & toto tu pulak aku lipat 2 sebab bilik aku ni kecil je. Toto tu pun muat untuk sorang je tidur. Aku kata, "along tidur atas biar uda tidur bawah".

Tapi nak jadi cerita, aku tidur bawah dia pun tidur bawah. Aku aku beralih tidur atas katil dia pun naik tidur atas katil. So semalam memang turun naik turun naik jelah beralih tempat tidur. Dengan bersempitnya. Dengan lasaknya dia tidur sampai tangan ke atas muka aku. Alih2 sampai ke pagi aku tak lena tidur. Tidur2 ayam dengan baring statik tak bergerak-gerak. Sebab ruangnya sempit. Kalau bergerak sikit mesti jatuh katil ataupun terlanggar almari baju. Habis sakit & lenguh badan aku. Abang long punya pasal la tu... Anak bear aku dua ekor tu pun dah terperosok bawah katil dah sebab tak muat... Tapi, bila abang long nak naik bas tadi aku memang sedih gila2 la... Sayang sangat nak lepas dia balik. Heeemmmmm..... Sedih... :-(

Mesti pelik kan bila aku kata aku tidur dengan abang long...hehehe...









Ini gambar-gambar abang long yang sempat aku ambil petang tadi. Abang long ni memang rapat sangat dengan aku. Peluk cium tu dah biasa dah. Heran jugak, dengan mak saudara & bapa saudaranya yang lain tak pula dia nak macam dengan aku ni. Bergaduh selalu ada la lagi2 dengan usunya (satu-satunya adik aku). Sebab tulah aku sayang sangat dengan dia. Sebab tu jugalah aku menangis tau.

Abang long ni anak saudaraku yang sulung. Dari dia lahir sampailah nak masuk umur 11 tahun ni dia memang tinggal dengan orang tua aku. Langsung tak nak tinggal dengan papa & mamanya. Kiranya abang long ni dah macam anak bongsu abah dengan ma dan juga adik bongsu aku. Hahaha... Apa2 hal lebih pada dia. Sebab tu lah kot dia asyik nak bergaduh saja dengan usunya.


Haaa.... Nilah katil bujang aku kat rumah sewa ni. So dah boleh bayang la kan muat ke tak muat...sempit ke tidak..

Saat aku menulis entry ni, abang long baru je call. Dia cakap dah ada kat atas bas menuju ke Kota Bharu. Apa lagi...banjir lagi. Meleleh air mata aku keluar...huhuhu...sengal betul lah...

Doakan semoga perjalanan abang long & abang mie ku selamat ya. Risau sebenarnya...dengan musim banjir ni.

In shaa Allah.. Selamatkanlah perjalanan mereka. Permudahkanlah segalanya Ya Allah. Janganlah hujan di sepanjang perjalanan mereka. Aaminn...

posted from Bloggeroid

Friday, December 21, 2012

Bila tidak lena kerana bintang...

Bintang malu-malu,
Ia cuba melindungi dirinya yang cantik di balik kepekatan malam,
Bisakah aku mendekatinya,
Cuba menumpang keindahannya,
Keindahan yang tidak dapat ditukar ganti,
Suatu anugerah dari-Nya,
Aku juga mahu cantik seperti bintang,
Namun hati tidak sekuat itu,
Selalu kalah..

posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

Bila minda di awangan..

Burung menebarkan sayap di bawah langit Ilahi dengan riang.. Bunyi berkicauan sesama mereka menimbulkan suasana riang...
Kaki insan memijak tanah berkejar ke sana ke mari.. Mengejar dan terus mengejar. Tap..tap...tap...tap...tap...malah sudah tak terkira. Apa yang dicari??

posted from Bloggeroid