Monday, December 31, 2012

Hatinya Bak Kain Putih

Abaikan... Ya. Abaikan segala benda yang menyedihkan. Selepas ini apa sahaja yang berlaku aku akan cuba melaluinya dengan senyuman. Jangan stress2 dan sedih2. Kalau aku cerita perkara apa yang buat aku serabut sedih sgt beberapa hari ni...mesti orang akan gelakkan aku. Ya. Sesuatu yang mudah sahaja sebenarnya tapi tak tahulah kenapa akal ku ini nak berfikir pelik2. Macam2 perangai orang perempuan ni kan. Huhu... Aku la tu..

Baiklah... Tahun 2013 adalah tahun ke 4 aku bergelar seorang guru. Tahun ni juga mungkin tahun yang menarik kepadaku sebab pertama kali aku mengajar pelajar tingkatan 1 malah siap jadi guru tingkatan mereka lagi. Selama ni aku mengajar budak2 besar dan kali ni aku akan mengajar budak2 kecik pula. Kenapa aku excited sangat??? Sebabnya....

Mereka sangat comel!!! Huhuhu...

Aku suka budak2. Comel2 je lepas tu perangai mereka pun aku rasa comel. Aku suka pegang2 pipi, peluk2 tubuh kecik tu lepas tu yang paling aku suka usap atau istilah lain gosok kepala mereka. Semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 dalam kelas aku tadi sempat la jugak aku usap2 kepala diorang. Tapi bukan melebih- lebih ya takut lain pulak jadinya. Anak orang kan. Kalau anak sendiri dah lama aku peluk cium. Hehe...

Mungkin ada yang pelik kenapa aku suka buat begitu... Sebenarnya setiap kali aku usap kepada budak2 kecik ni aku rasa sayang sangat dengan mereka. Rasa tenang sangat. Bila aku usap kepala mereka aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang baik. Tenang giler. Perasaannya sama seperti bila abah, ma atau abang aku usap kepala aku. Lagi2 abah sampai sekarang suka benar usap kepala aku. Rasa macam disayangi.. Bahagia sangat...

Sambing cerita.... Yang paling selalu kena usap kepala dengan aku anak saudara aku yang sulung.. Muhammad Alif Izzuddin @ abang long. Suka benar peluk2 & cium pipi abang long. Pergi mana2 mesti bertepek je dengan dia. Huhu... Rindu pulak la..

Jadi, tahun 2013 aku akan melayan anak2 kecil yang comel!! Jadi, sesiapa yang kena pegang @ usap kepala dengan aku kira bertuah la tu. Huhu..

Aku harap sangat mereka akan menjadi anak yang baik selari dengan wajah dan kelakuan mereka yang comel yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Bantulah aku menjadi guru yang baik dan berdedikasi. Janganlah aku lemah. Janganlah aku mudah mengalah Ya Allah. Tunjukkanlah laluan yang cerah kepada anak2 didikku agar mereka melalui jalan yang benar. Didiklah hati mereka untuk menjadi insan yang baik. Begitu juga aku Ya Allah. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik lagi. Aaminn....

posted from Bloggeroid

No comments: