Thursday, February 28, 2013

Hari-hariku yang indah

Assalamualaikum.

Layang-layang bila di udara ia kelihatan sangat cantik. Memukau pandangan sesiapa sahaja. Walaupun dalam keadaan panas terik, peminatnya tetap tidak berganjak.

Aku? Minat ke dengan layang-layang? Entah. Rasanya aku bukan peminat setianya. Aku cuma mengaguminya dari jauh.

20 hingga 23 Februari 2013. Demi layang-layang, aku sanggup menadah muka di bawah terik matahari di Festival Layang-layang Antarabangsa, Pasir Gudang. Hebatnya. Macam tidak percaya aku terlibat.




Inilah pas pengenalan aku selama 4 hari di padang rumput menghijau...

Hari pertama


Muka kami yang begitu bersemangat pada hari pertama. Cik Salina yang pakar dalam seni. Aku langsung tak tahu apa-apa pasal seni. Terima kasih kerana memberikan pengalaman menarik ini kawan.








Khairunisa yang sopan.


Tiara yang bersemangat walaupun bertongkat.








Pengakhiran hari pertama dgn wajah penat dan tangan luka-luka kerana meraut buluh.

Hari kedua




Azeha yang suka cari gaduh tapi banyak membantu.. Terima kasih.










Ini hasil tangan keras aku bab seni.


Lepas tu ini yang jadi. Bangga tu sebab first time aku buat. Sendiri pulak tu. Alhamdulillah. Ilmu baru. Ok la.







Hari ketiga yang dah makin blurr sebenarnya. Ambil gambar layang-layang pula.















Hari last. Penat sangat-sangat dan inilah hasilnya.


Tempat pertama, kedua dan ketiga kategori Wau Bulan. Alhamdulillah. Rezeki pelajar yang begitu bersemangat.

Walaupun aku sunburn teruk tapi ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman yang menjadikan aku lebih matang dan kuat. Hahaha... Kuat la sangat.

---------
Hari ni mc. Migrain dan hidung asyik berdarah. Bila ke klinik dapat hadiah yang menarik. Kena suntikan berbisa, masuk air, bebelan doktor Ilangkovan yang best dan dapat mc 2 hari.

Tapi esok walaupun mc aku nak masuk kerja sebab aku boring kat rumah sorang-sorang. Rasa macam beku otak. Langsung tiada kerja nak dibuat. Maklumlah, dah terbiasa bekerja.

Ya Allah. Kau kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku untuk menjalani hari-hari indah anugerahMu yang hebat ini.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 21, 2013

Buku Baru

Assalamualaikum.





Permulaan baru yang penuh dengan harapan sebenarnya. Semoga hari-hari seterusnya menjadi lebih bermakna dan sentiasa berada di bawah payung rahmatMu. Aaminn...

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Festival Layang-layang Antarabangsa kali ke-18

Assalamualaikum.



Festival Layang-layang Antarabangsa kali ke-18 di Pasir Gudang.

Hari ni first kat padang. Dari pagi sampai petang aku dah blurr semacam dah. Mata kuyu giler. Ada 3 hari berturut-turut lagi nak habiskan. Larat ke tak? Tak tahulah aku. Hari ni pun dah lembik dah.

Tubuh lenguh lumpuh. Tangan dah calar balar kes meraut buluh. Sadis-sadis!!



Cedera parah tangan aku.. Hahaha!!





Tabik spring la dengan kawan-kawan aku yang dah berminggu-minggu berusaha tu. Mereka memang hebat!!

Hani, kak Shazulia & Zul Husni.







Mereka memang hebat!!

Ya Allah. Permudahkanlah cara. Permudahkanlah segala urusan kami. Jagalah kami agar kami tidak terleka dari jalanMu ya Allah.. Kami berusaha sedaya kami. Semoga segala apa yang kami lakukan mendapat kerahmatan dariMu ya Allah. Aaminn....

Semangat!!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 19, 2013

Coklat Cadbury..

Assalamualaikum.



Hari ni dapat coklat lagi. Terima kasih ya kepada si pemberinya..

~~ tiba-tiba senyum sendiri ~~

posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

Berakhirnya cuti

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat. Esok dah Sabtu. Maksudnya awal pagi esok kampung halaman akan ditinggalkan demi tugas duniawi. Semoga tugas duniawi ini kelak mampu menanggung jalanku di akhirat kelak. Semoga di kemuncaknya kebahagiaan yang diimpikan mampu dicapai. In sha Allah..

Hari ni last di kampung. Sengaja aku tidak ke mana-mana. Meluangkan masa bersama keluarga. Haa!! Hari ni first time aku berkuasa di dapur.

Kiranya hari ni pecah rekod aku masak sendiri di dapur ma. Tiada yang tolong pula tu. Tolong makan ada la. Hahahaha!!

Laksa Penang. Complete lengkap!!






Aku rasa masakan aku tu menjadi sebab sekejap je habis licin semua. Alhamdulillah. Sukanya..

Selama ni mana pernah aku pegang kuali sudip periuk tu semua. Sebab selama ni ma dan kakak-kakak aku yang uruskan semua. Kalau aku masuk dapur pun tiada apa yang boleh aku tolong. Kakak-kakak dan ma sudah ambil tugas masing-masing. Aku tolong tengok je la. Hahaha!! Sebab tulah aku tahu cara nak memasak tapi aku tak reti nak memasak. Sebab aku tak pernah practice memasak sendiri.

Kesian la bakal laki aku nanti. Bini tak berapa reti nak memasak. Tapi untung apa sebab bininya rajin untuk memasak. Belajar sama-sama la. Masak sama-sama kan romantic. Hehehe... In sha Allah. Belajar sikit-sikit. Satu hari mesti pandai punya.

Oklah. Petang tadi sambil-sambil pantau anak-anak saudara aku basuh kereta, aku lepak-lepak dengan Tok Ayah. Suka Tok Ayah bila cucunya ni tolong potongkan kukunya. Aku perasan masa aku potong kuku Tok Ayah, macam aku terpotong kulit tangannya sekali. Tapi Tok Ayah senyum je. Bila aku gwnggam tangannya dan tanya sakit tak. Tok Ayah terus usap kepala aku. Wah!! Terharu sebenarnya. Sayang Tok Ayah!!!

Tok Mak pula rajuknya tak sudah-sudah. Aku pun dah tak reti nak pujuk. Tok Ayah cakap abaikan je. Tu namanya rajuk-rajuk manja. Tapi aku tak sedap hati la.. Sebab tak biasa begini... Maaf la Tok Mak...

Malam ni bola. Kelantan vs Selangor Along cakap. Aku pun tak pasti. Puas dipujuknya aku layan bola kat rumah mamanya tapi aku kena rest. Esok nak drive jauh. Kesian Along..

Apa lagi nak cerita. Banyak sebenarnya. Tapi entahlah...

Banyak yang kita impikan. Angankan. Tapi belum tentu semuanya mampu kita gapai. Realitinya, teruskanlah hidup. Hidup dengan cara yang benar. In sha Allah.. Berkat dunia akhirat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13, 2013

Cinta Yang Halal Itu Indah

Assalamualaikum.

Aku mengambil kata-kata ini kerana ianya menarik. Ia sebagai satu laluan kepada hati yang masih tercari-cari. Mohon izin tuannya untuk aku share di sini.






Aku suka dengan pemikiran Saudara Hilll Asyraf ini. Kehidupan kita mudah sebenarnya. Tapi kita yang sengaja mencorakkannya dengan pelbagai macam perkara.

Yang halal itu mudah. Yang halal itu bahagia sebenarnya. Kebahagiaan dunia dan akhirat.

posted from Bloggeroid

Melayan Si Gediks!!

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah Khamis dah hari ni. Arghhh!!! Cepatnya masa berjalan. Rasa tak puas lagi kat kampung ni.

Hari ni ada orang tu menggediks la pulak. Tak boleh nak keluar jalan2 dgn askar2 lg. Juling lagi mata askar2 tu kat Mak Uda dia.

Kaki dia terseliuh pun nak suruh orang tunggu dan temankan dia. Ni kalau seminggu, tangan adik dia ni pulak yang kematu lepas tu bengkak2 sebab penat mengurut. Apa punya manja la abang Mie oii!! Saje je nak menggediks tu!

Semalam abah kenakan perintah berkurung kat rumah. Sebabnya balik lambat Selasa lepas iaitu selepas Maghrib. Bukan sengaja. Jalan jem la abah. Maksudnya campur hari ni dah 3 hari askar2 tu duk jeling je. Pasal tak boleh keluar jalan2. Tak boleh pergi pantai. Hahahaha!!

Budak2 tu pun dah mula memberontak. Hari ni askar2 tu ditinggalkan lagi gara2 nak layan abang yang gediks ni. Tak pasal2 aku kena mengekor dia ke mana saja. Dah macam bodyguard dah. Dah jadi tongkat tak bertauliah dah. Dah la dia tu berat.

Time sakit2 ni la dia nak pergi bank. Nak pergi JPN. Nak beli barang2 peribadi. Pijak kaki tu bagi lagi bengkak baru tau. Tak sedar diri tu tak boleh jalan!

Sekarang tengah tunggu dia pergi bank pulak. Boring sehhh!!! Biarkan dia jalan berdecot-decot sorang2. Malas nak layan dah. Gediks sangat!!


posted from Bloggeroid

Monday, February 11, 2013

Soal hati

Assalamualaikum.

Still shock! Macamana ni? Ok. Kalau dulu mungkin ok je sebab masih kebudak-budakan. Tapi sekarang dah lain.

Kena fikir. Fikir dengan waras. Dengan hati yang tenang. Tapi.... Blurrrnya.

Ya Allah. Permudahkanlah caranya.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 10, 2013

Tok Ayah



Tok Ayah yang best and cool jek. Apa pun tak kisah. Layan je kerenah cucu and cicit dia yang pelbagai ragam ni.

Dah lain Tok Ayah sekarang. Dulu Tok Ayah garang sangat. Nak cakap dengan dia pun takut. Dulu kalau nak bercakap dengan Tok Ayah aku mesti menyorok belakang abang. Takut sangat. Sekarang Tok Ayah mesra je dengan kami. Siap boleh peluk cium lagi. Tok Mak pulak yang garang dan jadi sensitif.

posted from Bloggeroid

Rajuk di hati tua

Assalamualaikum.

Hari ini... Rasa teruja. Excited. Riang. Gembira. Tenang je. Sebabnya. Jasad dan batinku ada di kampung. Hurrayyy!! Alhamdulillah. CNY. Seminggu aku kat kampung. Rasa release sangat sangat.

Tenang giler! Kan bagus kalau dapat pindah balik kampung. Dekat dengan orang tua. Rasa selamat je. Rasa begitu disayangi.

Ya Allah. Permudahkanlah segalanya. Moga-moga aku dapat pindah ke kampung dengan cepat. Aaminn..

Rasanya hari ni aku silap sikit. Maaf Tok Mak. Merajuk pulak la nenek sorang ni. Hadoiii!!! Aku tak reti nak pujuk nenek ni.

Tok Ayah ok je. Peluk cium mengurut siap tolong potong kuku lagi hari ni. Tapi Tok Mak tarik muka la pulak. Masam je mukanya. Aku memang tak reti pujuk sebab nenek sorang ni lain sikit.

Alkisahnya. Aku sampai malam tadi. Dah lewat dengan penatnya aku terus tidur sampai ke subuh. Nak jenguk diorang subuh-subuh pun aku macam blur lagi so aku sambung tidur. Bangun dari tidur aku rasa dah ok sikit so aku pun jenguk la rumah atuk dengan nenekku tu. Sebelah je pun rumahnya. Tok Ayah sorang je ada. Tok Mak ke rumah Pak Ngahku sebab ada kenduri. Aku pun ok jelah. Nanti Tok Mak balik aku jumpa la dia.

So siang tadi aku layan main-main dengan lanun-lanun kecik lepas tu angkut diorang sekali pergi basuh kereta.

Balik rumah Tok Mak dah ada kat rumahnya. Aku tak sempat nak jenguk sebab lepas tu tak sempat naik rumah ma ajak pergi pasar. Aku ikut jelah.

Tadi jenguk Tok Mak dia layan gitu je. Merajuk konon cucunya tak nak tengok dia. Hadoiyaiii!! Sensitif benar. Bukannya sengaja pun. Tok Ayah jugak yang rock! Tengoklah esok macamana. Cakap elok-elok. Tak suka betul macam ni.

Salah aku ke? Entahlah. Tapi aku kan orang muda. Orang muda kenalah hormat dengan orang yang lebih tua dari kita. Ok. Jadikan ini satu ingatan yang bermakna. Lain kali ambil perhatian dengan semua yang di sekeliling. Alert dengan kerenah orang tua.

Tok Ayah juga yang best. Bila aku cakap Tok Mak merajuk dia cakap nanti pujuklah. Dia senyum je. Dah faham kot dengan isteri dia tu yang keras hati. Konflik.

Maaf Tok Mak...

posted from Bloggeroid