Thursday, February 28, 2013

Hari-hariku yang indah

Assalamualaikum.

Layang-layang bila di udara ia kelihatan sangat cantik. Memukau pandangan sesiapa sahaja. Walaupun dalam keadaan panas terik, peminatnya tetap tidak berganjak.

Aku? Minat ke dengan layang-layang? Entah. Rasanya aku bukan peminat setianya. Aku cuma mengaguminya dari jauh.

20 hingga 23 Februari 2013. Demi layang-layang, aku sanggup menadah muka di bawah terik matahari di Festival Layang-layang Antarabangsa, Pasir Gudang. Hebatnya. Macam tidak percaya aku terlibat.




Inilah pas pengenalan aku selama 4 hari di padang rumput menghijau...

Hari pertama


Muka kami yang begitu bersemangat pada hari pertama. Cik Salina yang pakar dalam seni. Aku langsung tak tahu apa-apa pasal seni. Terima kasih kerana memberikan pengalaman menarik ini kawan.








Khairunisa yang sopan.


Tiara yang bersemangat walaupun bertongkat.








Pengakhiran hari pertama dgn wajah penat dan tangan luka-luka kerana meraut buluh.

Hari kedua




Azeha yang suka cari gaduh tapi banyak membantu.. Terima kasih.










Ini hasil tangan keras aku bab seni.


Lepas tu ini yang jadi. Bangga tu sebab first time aku buat. Sendiri pulak tu. Alhamdulillah. Ilmu baru. Ok la.







Hari ketiga yang dah makin blurr sebenarnya. Ambil gambar layang-layang pula.















Hari last. Penat sangat-sangat dan inilah hasilnya.


Tempat pertama, kedua dan ketiga kategori Wau Bulan. Alhamdulillah. Rezeki pelajar yang begitu bersemangat.

Walaupun aku sunburn teruk tapi ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman yang menjadikan aku lebih matang dan kuat. Hahaha... Kuat la sangat.

---------
Hari ni mc. Migrain dan hidung asyik berdarah. Bila ke klinik dapat hadiah yang menarik. Kena suntikan berbisa, masuk air, bebelan doktor Ilangkovan yang best dan dapat mc 2 hari.

Tapi esok walaupun mc aku nak masuk kerja sebab aku boring kat rumah sorang-sorang. Rasa macam beku otak. Langsung tiada kerja nak dibuat. Maklumlah, dah terbiasa bekerja.

Ya Allah. Kau kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku untuk menjalani hari-hari indah anugerahMu yang hebat ini.

posted from Bloggeroid

No comments: