Saturday, March 30, 2013

Lelaki lebih minat wanita yang mesra dan kelakar.



Ye ke?

Macamana ni?

Aku tak kelakar.

Jenis blur..

Pendiam... Bila bercakap jadi kaku tiba-tiba. Sedangkan banyak benda yang ingin dibicarakan. Situasi ni berlaku dengan orang-orang tertentu sahaja kalau tak kepoh je mulut. Hehehe.. segan mungkin.

Serius pun ada jugak...

Nak kata cantik taklah tapi alhamdulillah.. Allah s.w.t. bagi aku cukup sifat..
Sekarang dah makin gemuk...

Perangai macam-macam...

Manja sukar untuk diubah...

Mampu ke diterima seikhlas hatinya?

Pada aku... Mesra dan kelakar itu seharusnya wujud selepas bernikah. Sebabnya, semuanya halal masa itu. Takkanlah nak jadi mesra dan kelakar dengan lelaki yang bukan muhrim kita begitu je. Macam pelik sebab semua tu tak sepatutnya berlaku. Ikutlah perintah Islam. bukan nak kata baik tapi itulah hakikatnya. Jadi, kalau nak harapkan aku jadi individu yang mesra dan kelakar sekarang, agak susah la.. sebab itu bukan sifat aku. Lainlah apabila semuanya sudah sah! Jadi, kenalah terima diri ini seadanya. hehehe.. In sha Allah...

~~~~~~~~~~~~~~
Untuk tempoh masa sekarang. Masih belum dapat sesuaikan diri. Ada suatu rasa di hati. Suka mungkin. Tapi macam susah. Rasa macam ada tembok batu pemisah yang merumitkan. Tak biasa mungkin. Sebab, kali ni lain. Mungkin kerana faktor usia dan caranya. Atau aku kebudak-budakan mungkin.

Tapi... aku akan cuba sesuaikan diri.

Sebab, aku fikir aku suka dia.

:)

Ya Allah.. permudahkanlah caranya.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 28, 2013

Semoga bunga bakal kembang..

Berterus terang. Itu yang aku lakukan. Tapi rasa bersalah pula pada seseorang kerana dia dinilai tanpa dia ketahui. Tapi... sekurang-kurangnya aku punya pilihan untuk menolak bila aku punya alasan yang kukuh. Ya Allah...semuanya demi kebaikan. Niatku benar. Permudahkanlah caranya..

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 26, 2013

Pantai Tok Bali, Kelantan

Assalamualaikum...

Asal cuti je mesti ke pantai. Kenapa ya?? Sebab anak-anak saudara aku hantu air. Pantang nampak air, nak berendam je kerjanya.

Pemandangan menarik dari Pantai Tok Bali, Kelantan.


















posted from Bloggeroid

Friday, March 22, 2013

Merpati Putih yang celaru..

Merpati Putih leka dengan dunianya di awangan,
Ke sana ke mari menebarkan sayapnya,
Riang?
Ya, dia riang kerana berjaya menggapai awan,
Mengenal kawan baru di awangan,
Cuba belajar untuk mengepakkan sayapnya bersama-sama,
Belajar menyesuaikan diri,
Perlahan-lahan tanpa paksaan.

Namun,
Hati Merpati Putih tiba-tiba tersentak,
Dia mula celaru,
Dalam usaha menyesuaikan diri dengan dunianya sekarang,
Ada sesuatu yang akan muncul dalam dunia barunya itu.

Rumit.
Sangat rumit.
Perlu berterus terang atau tidak?
Berdiam diri bahaya.
Berterus terang pun bahaya.
Keputusannya...
Tunggu dan lihat.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Tapi, semoga ianya tidak berlaku,
Kerana Merpati Putih sedang cuba mengenal hatinya..
Hati memang sukar untuk dimengertikan sebenarnya.
Walaupun hati kita sendiri.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 17, 2013

o_O

Percakapan tanpa tindakan.
Meragukan.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 9, 2013

Merpati Putih : Kenapa jauh walaupun dekat?

Merpati Putih
Terbang mengembara ke dunia baru
Dunia yang indah
Ciptaan Allah swt
Dia cuba mengenal dunia barunya
Dunianya adalah di udara
Masa saat dan ketika di udara
Kenapa dia rasa kosong?
Seakan jauh dari angannya
Sayapnya mengepak menyentuh udara
Tubuhnya terbuai-buai di udara
Namun hatinya terasa jauh
Di manakah sepatutnya dia berada?
Terus berusaha mengenal dunia barunya di udara
Atau....
Berhenti menebarkan sayapnya.

~~~~~~~~
Ya Allah.. Bila kekeliruan dan keresahan menguasai hatinya, bantulah dia mengatasinya. Merpati Putih itu mungkin terkeliru. Suasana dan keadaan baru membuatkan dia banyak berfikir. Bantulah dia Ya Allah. Bantulah dia dalam mengenal erti kehidupan ini. Aaminn...

~~~~~~


Dia nampak kuat.


Dia nampak hebat.


Dia nampak sangat cantik di udara.

Namun kadang-kadang...
Bukan semua yang kita nampak itu benar.


Adakalanya, dia juga goyah.

Itulah dunia Merpati Putih. Semuanya seakan indah dan cantik namun disebaliknya. Ada hijab yang menutupinya. Hijab yang tak terjangkau oleh mata dan akal kita. Sebab itulah di hatinya banyak kekeliruan. Ketidakpastian.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 7, 2013

Merpati itu...

Merpati putih sendirian mengejar pelanginya,
Pelangi indah yang seakan kelam.

posted from Bloggeroid

Monday, March 4, 2013

Bila jatuh tiba-tiba...

Kesihatan. Penting ke? Ya. Sangat penting. Tapi, saat kita sakit dan keseorangan itulah sangat menyedihkan. Kita sangat memerlukan seseorang ketika itu. Sebagai teman. Berkongsi rasa.

Wah!! Stress!!

Kan bagus kalau kerja dekat kampung. Dekat dengan family. Ada org jaga makan pakai. Tengokkan kita. Dulu rasa tak kisah sangat walaupun family jauh sebab abang ada kat sini. Makan minum pakai abang jaga. Sakit pening mesti abang ada dekat. Sekarang, sorang-sorang.

Ya Allah. Permudahkanlah urusan perpindahanku.
~~~~~~~
Berhari-hari ni, berbotol-botol mineral water aku minum. Dengan harapan tak kena cucuk lagi. Tapi badan masih kering. Kurang air. Hidung kadang-kadang berdarah. Kepanasan tubuh yang melampau dari dalam walaupun dalam cuaca sejuk. Nampaknya memang akan kena cucuk lagilah.


Keseorangan..

posted from Bloggeroid

Sunday, March 3, 2013

Merpati Putih Lambang Satu Rasa

Merpati Putih itu cuba terbang,
Cuba menggapai awan,
Setiap hari....
Dari bawah..ia cuba bertatih,
Mengimpikan dirinya di angkasaraya,
Berkali-kali dicuba,
Namun dia masih sukar mengepakkan sayapnya.

Satu hari, sesuatu terdetik di hatinya,
Kenapa mesti diingat kenangan silam,
Sekali jatuh bukannya akan jatuh selama-lamanya,
Suatu hari, dia masih perlu berada di angkasa.

Sayapnya yang kecil dikuak-kuak,
Tubuhnya ternaik sedikit,
Sedikit demi sedikit,
Merpati Putih itu semakin tinggi di udara,
Ada rasa gembira di hatinya,
Dia memerhatikan alam sekelilingnya dari udara,
Cantik. Indah. Seperti mimpinya.

Tapi... nafasnya terasa berat,
Dadanya sebak,
Seakan ada sesuatu yang menekan,
Kenapa itu yang dirasakannya?
Adakah dia masih belum bersedia untuk berada di angkasa?

Merpati Putih itu cuba mengenal dunia barunya,
Dunia baru yang cuba direntasnya,
Tapi, tubuhnya semakin memberat,
Kepak kecilnya terus dikuak-kuak,
Dia terus berusaha,
Tapi... apa kudrat yang dia ada?
Dia bersendirian.

Satu ketika,
Air matanya menitis,
Merpati Putih itu menangis,
Adakah dia terlalu lemah?
Adakah dia sudah berusaha bersungguh-sungguh?
Kenapa dia rasa sangat lemah untuk terus berada di udara?

~~~ Ya Allah. Tolonglah dia. Merpati Putih yang lemah. Bimbinglah dia menuju jalan takdirnya. Jangan lepaskan dia begitu sahaja. Jangan biarkan dia terumbang-ambing dengan hati yang lemah. Patah. Bantulah dia. Merpati Putih itu sedang berusaha. Tapi mungkin dia tidak cukup kuat untuk menghadapinya sendiri. Jangan biarkan dia sendirian Ya Allah. Kasihanilah dia. ~~~

posted from Bloggeroid