"Hanya hati yang hidup yang mampu menghidupkan hati-hati yang mati..." Jadi, aku berharap dan sentiasa berdoa agar walau apapun yang berlaku hatiku yang kerdil ini akan terus hidup. Terus hidup untuk menjelajah kehidupan di dunia. Jadi, aku membayangkan terbang.. Terbang mengembara ke serata dan segenap penjuru dunia yang terjangkau atau tak terjangkau dek akal. Terbang di dunia dengan kesempurnaan dan keimanan yang teguh kepada-Nya.
Monday, December 30, 2013
Hujan...
Biarlah hujan itu turun. Mungkin itu musimnya. Suatu saat, hujan itu pasti berhenti.
Sabarlah... jangan mengeluh. Jangan dimarah.
Hujan itu membawa ketenangan membuang segala keresahan manusia.
Suatu saat...hujan itu akan berhenti.
Badai pasti berlalu.
Semuanya akan baik-baik sahaja.
Sabarlah.
Tenanglah.
Abaikan sahaja.
Jika ya, ya lah jawapannya.
Jika tidak, tidaklah jawapannya.
Hujan itu sebenarnya menenangkan bukannya melemahkan.
Sabarlah...
Cubalah untuk abaikan semuanya seperti dulu.
Dengan itu...hujan akan berhenti.
Sunday, December 29, 2013
Suatu masa, ia akan berlalu. Hilang begitu sahaja. Sabarlah. Seperti buih yang akan hilang begitu sahaja. Sabarlah. Semuanya akan berlalu. Seperti suatu masa dahulu. Mungkin mengambil masa yang lama tapi sabarlah. Mungkin masih bukan ketentuan lagi.
Sabarlah. Anggap sahaja ia seperti buih. Yang akan hilang bila tiba masanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)