"Hanya hati yang hidup yang mampu menghidupkan hati-hati yang mati..." Jadi, aku berharap dan sentiasa berdoa agar walau apapun yang berlaku hatiku yang kerdil ini akan terus hidup. Terus hidup untuk menjelajah kehidupan di dunia. Jadi, aku membayangkan terbang.. Terbang mengembara ke serata dan segenap penjuru dunia yang terjangkau atau tak terjangkau dek akal. Terbang di dunia dengan kesempurnaan dan keimanan yang teguh kepada-Nya.
Sunday, December 29, 2013
Suatu masa, ia akan berlalu. Hilang begitu sahaja. Sabarlah. Seperti buih yang akan hilang begitu sahaja. Sabarlah. Semuanya akan berlalu. Seperti suatu masa dahulu. Mungkin mengambil masa yang lama tapi sabarlah. Mungkin masih bukan ketentuan lagi.
Sabarlah. Anggap sahaja ia seperti buih. Yang akan hilang bila tiba masanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment