Tuesday, August 14, 2012

Warna-warni nak raya dan bila umur makin meningkat

Bila call kat kampung ada dua benda yang terkesan di hati.

"Jodoh itu rahsia.. Tapi kita dapat rasa kehadirannya. "

Ye ke?? Agak keliru sebenarnya. Macamana nak rasa kehadirannya?? Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti dengan hati kita. Bukan kadang-kadang... tapi sebenarnya kita langsung susah mengenal hati kita sendiri apatah lagi orang lain kecuali Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya.

Wah!! Fikiran tengah keliru. Celaru.. Kenapa abah nak bercerita tentang jodoh ni. Anak abah bukan orang yang memilih. Satu hari... ada jodoh. Ada la tu. Sampai masa terus kahwin je. Abah jangan risau..

Tak tahulah kenapa perlu risau sangat. Dua-dua anak teruna abah pun tak kahwin lagi tapi abah duk paksa-paksa anak dara abah kahwin. Mungkin sebab anak perempuan kot. Orang kata jaga seorang anak perempuan lagi susah daripada menjaga 5 orang anak lelaki. Ye ke susah?? Entah la. Tapi yang penting walau di mana je anak abah ni berada jangan risau abah.. Insyaallah... Anak abah ini akan sentiasa jaga diri baik-baik. Cuma bab manja tu memang tak boleh ubah la.. Macamana nak buat ya??



Suka dengan petikan kata-kata ini... Kadang-kadang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun lamanya tapi akhirnya lebur kat tengah jalan. Rugi masa... Kenapa nak kejar sesuatu yang tak pasti.

Sesuatu hubungan tu perlu jelas hala tujunya. Kalau masih tak jelas dan tak pasti.. lupakan saja... Abaikan...

Lagi satu nak cerita pasal budak kecoh ni. Degil!!




Tengok...dan bertelur dahi tu sebab mercun. Tak padan dengan kecik tapi lasaknya mengalahkan orang dewasa.. Rasa macam nak sekeh-sekeh kepala tu!! Udanya marah dia masih boleh gelak-gelak. Takpe...tunggu Uda balik kampung nanti. Siap la... Tunggu Uda ya Muhammad Putera Adika sayang...

posted from Bloggeroid

Sunday, August 12, 2012

Terbang...

Belajarlah untuk menulis kesalahan seseorang itu di atas pasir agar angin menghembus dan menghapuskan kesalahan itu agar tiada lagi dendam yang wujud di hati.

Jangan terlalu berkira dan mengeraskan hati untuk memaafkan kesalahan orang lain kerana siapalah kita untuk memaafkan orang sedangkan kita pun bergantung kepada yang SATU untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Jadilah diri kita sendiri. Usah pedulikan orang lain yang hanya pandai berkata-kata tapi langsung tidak mengetahui hati kita. Letakkanlah hati kita di sisiNya kerana hanya DIA yang tahu hati kita.

posted from Bloggeroid

:'(

Kami 6 beradik. Dididik dan dibesarkan dengan didikan agama, kasih sayang dan kesederhanaan yang secukupnya. Kami membesar mengikut acuan abah dan ma.

Abang mie, kak long, chik, abang ji, aku dan adik. Sedari kecil kami membesar bersama dengan gembira dalam lingkungan kami sahaja. Kanak-kanak lain susah untuk bergaul dengan kami adik beradik sebab abah terlalu mengawal pergaulan kami. Jadi, zaman kanak-kanak kami adalah di kalangan kami sahaja. Walaupun begitu, rumah abah yang paling meriah tidak kira waktu-waktu biasa ataupun waktu perayaan atau keraian tertentu. Didikan abah dan ma menyebabkan hubungan kami sangat rapat.

Saat ini, rindunya dengan kemesraan itu. Semuanya riang gembira.

Sekarang... Situasi dan masa semakin berubah. Walaupun banyak halangan namun aku harap hubungan kami akan terus baik dan penuh dengan kegembiraan. Jangan buat abah dan ma sedih dan tidak gembira kerana perselisihan faham sesama adik beradik kita. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kesian kami adik-adik. Ilah dengan adik sentiasa di tengah-tengah. Sepatutnya abang-abang dengan kakak-kakak lebih matang dari kami. Perlu lebih matang...

Kak long. Chik. Abang ji :-(
Tolonglah lebih matang...

Sayang abah. Ma. Abang mie. Kak long. Chik. Abang ji. Adik. Sayang sangat-sangat...

Sebak. Baru lepas bercakap dengan abah, abang mie dan adik.. Rindu sangat-sangat... Abang mie beli bunga untuk adik. Nak roses jugak!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 7, 2012

8 Ogos 2012.. Hari Selasa yang sibuk dan agak memenatkan. Banyak benda yang perlu disiapkan dengan segera.
Esok pg ada Kempen Keselamatan Bersama Bas Iskandar Malaysia. Tengahari pula kena kemaskan dewan peperiksaan. Petang pula ada mesyuarat guru kali ke-6.
Keesokannya pula ada pemantauan SPSK (fail-fail kena dikemaskinikan semua dan perlu jaga-jaga risau ada pemantauan di dalam kelas).
Hari berikutnya pula ada majlis berbuka puasa kat sekolah ( aku bahagian yang penting la sebab kena uruskan makanan dan minuman. Kena buat betul-betul kalau tak kesian semua yang berpuasa. Hehe...)

Baiklah. Tak nak cerita kesibukan berikutnya kerana semua itu pasti akan berlaku dan aku sama ada suka atau tidak tetap perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Hari ni saja nak post kan apa yang berlaku petang tadi. Walaupun penat tapi ianya menggembirakan. Sebenarnya saja nak tolong kawan. Cik Siti Salina namanya. Orangnya cantik manis gitu. Tengok kawan terbongkok-bongkok seorang diri siapkan dewan, dalam hati rasa kesian pula. Kawan kita. Apa salahnya menolong.. Mana tahu hari ni hari dia, hari kita nanti macamana? Jadi, biarlah kita niatkan ikhlas di dalam hati untuk sama-sama menolong..

Inilah yang terjadi tadi. Itupun bila kepala dah ting tong semuanya... Sampaikan perangai dah bukan-bukan dengan aksi yang pelbagai tapi kelakar... Dalam hati sekarang...senyum je..


Aksi waktu tengahari.. Ok lg.. Tgh tunggu nak p stepler kertas soalan. Aku je yang nak stepler kertas. Cik Mahirah ni pulak tunggu nak balik je ;-)

Rentetan peristiwa. Malas nak cerita panjang lagi. Layan gambar jelah.































Cik Nur Hani yang duk nyelit2 ngelak. Haha.. Ajak bergambar tak nak. Satu je lekat.








Sekian. Itulah kisahnya hari ini... Esok bagaimana?? Entah. Semoga segalanya akan berjalan dengan lebih baik lagi.

Niat dalam hati sekarang. Semoga aku dapat menjadi kawan yang baik..dan lebih baik lagi. Ameen....

posted from Bloggeroid

Monday, August 6, 2012

Kadang-kadang terleka

Ya Allah.. Akhirnya segar kembali. Terasa tubuh lemah longlai. Habis makanan dimuntahkan balik. Macamana boleh tak perasaan jenis ikan yang dimakan.



Terpaksa bergantung pada ubat. Tak suka makan ubat.

Doa-doa tiada ruam-ruam merah muncul kat badan esok.

Lain kali perlu lebih berhati-hati. Tapi betul.. langsung tak perasan. Bila makan sesuap baru terasa lain macam.

Serik!!

Awas!! Hati-hati dengan ikan sungai! Jangan makan atau termakan lagi!!

posted from Bloggeroid

Sunday, August 5, 2012

.........................

Melalui hari-hari yang tidak menyenangkan. Sakit..
Dugaan yang perlu dihadapi.. Kalaulah abah dengan ma ada. Kalaulah abang tak balik kampung. Kan bagus...

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 1, 2012

Bukti sahih yang menyakitkan

Bila tengok kertas ni je terus rasa tak sedap hati. Lagi2 bila baju2 kurung dah banyak yang sendat. Macamana ni?? Tak nak gemuk... Tak suka...


posted from Bloggeroid