Tuesday, August 7, 2012

8 Ogos 2012.. Hari Selasa yang sibuk dan agak memenatkan. Banyak benda yang perlu disiapkan dengan segera.
Esok pg ada Kempen Keselamatan Bersama Bas Iskandar Malaysia. Tengahari pula kena kemaskan dewan peperiksaan. Petang pula ada mesyuarat guru kali ke-6.
Keesokannya pula ada pemantauan SPSK (fail-fail kena dikemaskinikan semua dan perlu jaga-jaga risau ada pemantauan di dalam kelas).
Hari berikutnya pula ada majlis berbuka puasa kat sekolah ( aku bahagian yang penting la sebab kena uruskan makanan dan minuman. Kena buat betul-betul kalau tak kesian semua yang berpuasa. Hehe...)

Baiklah. Tak nak cerita kesibukan berikutnya kerana semua itu pasti akan berlaku dan aku sama ada suka atau tidak tetap perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Hari ni saja nak post kan apa yang berlaku petang tadi. Walaupun penat tapi ianya menggembirakan. Sebenarnya saja nak tolong kawan. Cik Siti Salina namanya. Orangnya cantik manis gitu. Tengok kawan terbongkok-bongkok seorang diri siapkan dewan, dalam hati rasa kesian pula. Kawan kita. Apa salahnya menolong.. Mana tahu hari ni hari dia, hari kita nanti macamana? Jadi, biarlah kita niatkan ikhlas di dalam hati untuk sama-sama menolong..

Inilah yang terjadi tadi. Itupun bila kepala dah ting tong semuanya... Sampaikan perangai dah bukan-bukan dengan aksi yang pelbagai tapi kelakar... Dalam hati sekarang...senyum je..


Aksi waktu tengahari.. Ok lg.. Tgh tunggu nak p stepler kertas soalan. Aku je yang nak stepler kertas. Cik Mahirah ni pulak tunggu nak balik je ;-)

Rentetan peristiwa. Malas nak cerita panjang lagi. Layan gambar jelah.































Cik Nur Hani yang duk nyelit2 ngelak. Haha.. Ajak bergambar tak nak. Satu je lekat.








Sekian. Itulah kisahnya hari ini... Esok bagaimana?? Entah. Semoga segalanya akan berjalan dengan lebih baik lagi.

Niat dalam hati sekarang. Semoga aku dapat menjadi kawan yang baik..dan lebih baik lagi. Ameen....

posted from Bloggeroid

No comments: