Tuesday, August 14, 2012

Warna-warni nak raya dan bila umur makin meningkat

Bila call kat kampung ada dua benda yang terkesan di hati.

"Jodoh itu rahsia.. Tapi kita dapat rasa kehadirannya. "

Ye ke?? Agak keliru sebenarnya. Macamana nak rasa kehadirannya?? Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti dengan hati kita. Bukan kadang-kadang... tapi sebenarnya kita langsung susah mengenal hati kita sendiri apatah lagi orang lain kecuali Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya.

Wah!! Fikiran tengah keliru. Celaru.. Kenapa abah nak bercerita tentang jodoh ni. Anak abah bukan orang yang memilih. Satu hari... ada jodoh. Ada la tu. Sampai masa terus kahwin je. Abah jangan risau..

Tak tahulah kenapa perlu risau sangat. Dua-dua anak teruna abah pun tak kahwin lagi tapi abah duk paksa-paksa anak dara abah kahwin. Mungkin sebab anak perempuan kot. Orang kata jaga seorang anak perempuan lagi susah daripada menjaga 5 orang anak lelaki. Ye ke susah?? Entah la. Tapi yang penting walau di mana je anak abah ni berada jangan risau abah.. Insyaallah... Anak abah ini akan sentiasa jaga diri baik-baik. Cuma bab manja tu memang tak boleh ubah la.. Macamana nak buat ya??



Suka dengan petikan kata-kata ini... Kadang-kadang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun lamanya tapi akhirnya lebur kat tengah jalan. Rugi masa... Kenapa nak kejar sesuatu yang tak pasti.

Sesuatu hubungan tu perlu jelas hala tujunya. Kalau masih tak jelas dan tak pasti.. lupakan saja... Abaikan...

Lagi satu nak cerita pasal budak kecoh ni. Degil!!




Tengok...dan bertelur dahi tu sebab mercun. Tak padan dengan kecik tapi lasaknya mengalahkan orang dewasa.. Rasa macam nak sekeh-sekeh kepala tu!! Udanya marah dia masih boleh gelak-gelak. Takpe...tunggu Uda balik kampung nanti. Siap la... Tunggu Uda ya Muhammad Putera Adika sayang...

posted from Bloggeroid

No comments: