Friday, May 17, 2013

MANUSIA ATAU ROBOTKAH ANDA??

Siapa manusia? Siapa robot? Ciptaan apakah itu? Apa bezanya manusia dengan robot?

Betapa bertuahnya manusia kerana tercipta secara semulajadi oleh Yang Maha Pencipta berbanding dengan ciptaan robot.

Manusia ada rasa..ada perasaan sedih, sayang, gembira, duka dan pelbagai bentuk perasaan yang terzahir secara semulajadi. Berbanding dengan robot yang dicipta tanpa sebarang rasa. Dimanipulasi oleh manusia sesuka hati mengikut kepentingan masing-masing namun apa yang mereka rasa? Tiada apa-apa..

Aku bukan robot. Aku punya rasa. Rasa yang terzahir melalui keadaan semasa. Minta diberi perhatian... Satu saat bila robot muncul dalam diri segalanya akan berubah. Tiada lagi keriangan dalam hidup ini.

Belajar setinggi mana pun jika tidak punya rasa secara semulajadi dan terlalu mementingkan diri itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan tetapi itu sebenarnya suatu kerugian dalam hidup.

Manusia atau robotkah aku semuanya ada dalam kamus hidupku sehari-hari. Manusia tapi terasa seperti robot. Saat ini aku masih boleh bertahan tapi sampai bila manusia yang tiada rasa itu akan berterusan dengan caranya? Ruginya dia.. Kenapa dia yang rugi? Ya...dia yang rugi kerana dia tidak mengenal apa itu manusia dan kejadiannya.

Penat memang penat bila diperlakukan seperti robot tapi sekurang-kurangnya aku punya rasa yang boleh aku banggakan. Kerana apa? Aku tidak pernah mengelak daripada tanggungjawab. Aku fikir, aku akan lakukan yang terbaik dalam apa pun walaupun berat kerana sampai satu saat di pengakhirannya aku tahu aku punya jawapan yang pasti apabila ditanya di sana kelak.

Allah itu maha adil.

Manusia atau robotkah aku?

posted from Bloggeroid

No comments: