Wednesday, June 4, 2014

Kesian Miss Kura-kura

Miss kura-kura tengah cedera parah sekarang. Padan muka Miss Kura-kura kan. Itulah... degil sangat. Terlalu berpegang pada prinsip sampai cedera macam ni. So, Miss Kura-kura kena teruskan perjuangan dalam hidup ni. Abaikan yang lama. Memang perit. Memang sedih. Memang sayang. Tapi, separah mana pun kecederaan yang dihadapi jangan mengalah. In sha Allah... di hari depan kecederaan itu akan pulih juga. Kuat. Miss Kura-kura mesti kuat. Cuba fokus kepada suatu yang baru. Sesuatu yang boleh menyembuhkan kecederaan itu.

Saturday, January 4, 2014

mimpi tapi realiti...

Semuanya bertimpa-timpa. Terasa semuanya kosong. Mampu ke terus berjalan dengan riang. Ya Allah... kuatkanlah semangat ini. Biarkan beban itu berlalu pergi. Aku ingin melangkah seperti dahulu tapi kakiku tersekat dengan bayang-bayang kejam. Langsung tidak memberiku ruang untuk berlalu.

Thursday, January 2, 2014

MIMPI SUDAH BERLALU

Selesai. Sukar untuk terima tapi harus terima. Mungkin ada harapan tapi sudah masanya untuk berhenti dan meninggalkan segala khayalan. Jangan cuba mengejar mimpi sehingga ke puncak kayangan kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh. Memang sukar untuk melaluinya. Mungkin akan mengambil masa. Mungkin sehari. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Malah mungkin bertahun-tahun lamanya seperti dahulu. Itu kita takkan tahu. Yang pentingnya... carilah laluan hidup sebenar. Jangan berangan. Jangan cuba untuk terbang lagi. Jangan pernah cuba. Sekali kita jatuh kita akan merasa sakitnya. Berkali-kali kita jatuh mungkinkah kita mampu untuk terbang lagi? Ikhlasnya, ia semakin sukar. Sangat sukar. Berhentilah berangan-angan untuk terbang... Berhentilah bermimpi sehingga ke puncak kayangan... Siapa diri kita, hanya kita sendiri yang kenal. Apa pun penilaian orang pada diri kita, itu hak mereka. Tapi, bila kita dinilai tanpa kita sempat kenal orangnya itu sangat menyakitkan. Sangat menyakitkan. Tapi... semuanya sudah berlalu. Jadi abaikan sahaja. Tidak guna lagi menimbulkan isu. Abaikan semuanya... Abaikan.... Meminta maaf dan memaafkan segalanya. Ikhlaskan semuanya. Mulai sekarang. Cuba kenal bumi yang dipijak. Bukan berangan berada di puncak kayangan. Cubalah hidup dengan bahagia. Cubalah hidup dengan bersemangat. In sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja dan berlalu dengan cepat. Semoga buih-buih itu akan cepat hilang.

Wednesday, January 1, 2014

Istilah cinta

Bercinta sebelum nikah dikatakan indah tapi kita akan jadi seorang pendosa di sebalik kebahagiaan. Cinta selepas nikah pula sangat indah sebab kita mendapat nikmat pahala dan kebahagiaan yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t. kerana semuanya adalah halal. Jadi... Pilihannya? Ada yang kata... Aku tidak mahu bercinta sebelum nikah tapi aku juga tidak mahu bila diajak bernikah jadi istilah bercinta selepas nikah juga tidak sesuai untuk aku. Penilaian bagi seseorang yang masih belum kenal aku. Sangat menyedihkan bukan. Konsepnya mudah bagi aku. Berpegang pada kata-kata dan janji. Sebab itu suatu harapan. Tapi sayangnya kata-kata dan janji itu seperti mainan di bibir sahaja sebab ianya terungkai dengan sendirinya bila sengketa berlaku. Langsung tidak cuba berbincang untuk selesaikan masalah sedangkan setiap hari harapan itu sentiasa ada. Tapi bila salah seorang cuba menafikannya maka perlu ke diteruskan? Hubungan yang tidak tulus walaupun berjanji untuk tulus. Hari-hari memikirkannya namun tiada kesudahan. Betapa susahnya untuk melupakan yang dahulu dan memberi harapan pada yang baru. Namun bila harapan itu kukuh di hati tiba-tiba harapan itu menjadi khayalan. Sedih, sebak, sayu, marah, benci dan pelbagai rasa seperti sebelumnya muncul lagi. Abaikan saja... cuba abaikan sebab dia takkan pernah cuba untuk faham. Hari pertama 2014, kesakitan akan cuba untuk diabaikan. Perlu hidup dengan lebih bahagia dan bersemangat

Abaikan.

Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan..... Moga rasa sakit ini akan beransur-ansur hilang...