Thursday, January 2, 2014

MIMPI SUDAH BERLALU

Selesai. Sukar untuk terima tapi harus terima. Mungkin ada harapan tapi sudah masanya untuk berhenti dan meninggalkan segala khayalan. Jangan cuba mengejar mimpi sehingga ke puncak kayangan kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh. Memang sukar untuk melaluinya. Mungkin akan mengambil masa. Mungkin sehari. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Malah mungkin bertahun-tahun lamanya seperti dahulu. Itu kita takkan tahu. Yang pentingnya... carilah laluan hidup sebenar. Jangan berangan. Jangan cuba untuk terbang lagi. Jangan pernah cuba. Sekali kita jatuh kita akan merasa sakitnya. Berkali-kali kita jatuh mungkinkah kita mampu untuk terbang lagi? Ikhlasnya, ia semakin sukar. Sangat sukar. Berhentilah berangan-angan untuk terbang... Berhentilah bermimpi sehingga ke puncak kayangan... Siapa diri kita, hanya kita sendiri yang kenal. Apa pun penilaian orang pada diri kita, itu hak mereka. Tapi, bila kita dinilai tanpa kita sempat kenal orangnya itu sangat menyakitkan. Sangat menyakitkan. Tapi... semuanya sudah berlalu. Jadi abaikan sahaja. Tidak guna lagi menimbulkan isu. Abaikan semuanya... Abaikan.... Meminta maaf dan memaafkan segalanya. Ikhlaskan semuanya. Mulai sekarang. Cuba kenal bumi yang dipijak. Bukan berangan berada di puncak kayangan. Cubalah hidup dengan bahagia. Cubalah hidup dengan bersemangat. In sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja dan berlalu dengan cepat. Semoga buih-buih itu akan cepat hilang.

No comments: