Wednesday, January 1, 2014

Istilah cinta

Bercinta sebelum nikah dikatakan indah tapi kita akan jadi seorang pendosa di sebalik kebahagiaan. Cinta selepas nikah pula sangat indah sebab kita mendapat nikmat pahala dan kebahagiaan yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t. kerana semuanya adalah halal. Jadi... Pilihannya? Ada yang kata... Aku tidak mahu bercinta sebelum nikah tapi aku juga tidak mahu bila diajak bernikah jadi istilah bercinta selepas nikah juga tidak sesuai untuk aku. Penilaian bagi seseorang yang masih belum kenal aku. Sangat menyedihkan bukan. Konsepnya mudah bagi aku. Berpegang pada kata-kata dan janji. Sebab itu suatu harapan. Tapi sayangnya kata-kata dan janji itu seperti mainan di bibir sahaja sebab ianya terungkai dengan sendirinya bila sengketa berlaku. Langsung tidak cuba berbincang untuk selesaikan masalah sedangkan setiap hari harapan itu sentiasa ada. Tapi bila salah seorang cuba menafikannya maka perlu ke diteruskan? Hubungan yang tidak tulus walaupun berjanji untuk tulus. Hari-hari memikirkannya namun tiada kesudahan. Betapa susahnya untuk melupakan yang dahulu dan memberi harapan pada yang baru. Namun bila harapan itu kukuh di hati tiba-tiba harapan itu menjadi khayalan. Sedih, sebak, sayu, marah, benci dan pelbagai rasa seperti sebelumnya muncul lagi. Abaikan saja... cuba abaikan sebab dia takkan pernah cuba untuk faham. Hari pertama 2014, kesakitan akan cuba untuk diabaikan. Perlu hidup dengan lebih bahagia dan bersemangat

No comments: