"Hanya hati yang hidup yang mampu menghidupkan hati-hati yang mati..." Jadi, aku berharap dan sentiasa berdoa agar walau apapun yang berlaku hatiku yang kerdil ini akan terus hidup. Terus hidup untuk menjelajah kehidupan di dunia. Jadi, aku membayangkan terbang.. Terbang mengembara ke serata dan segenap penjuru dunia yang terjangkau atau tak terjangkau dek akal. Terbang di dunia dengan kesempurnaan dan keimanan yang teguh kepada-Nya.
Saturday, January 4, 2014
mimpi tapi realiti...
Semuanya bertimpa-timpa. Terasa semuanya kosong. Mampu ke terus berjalan dengan riang. Ya Allah... kuatkanlah semangat ini. Biarkan beban itu berlalu pergi. Aku ingin melangkah seperti dahulu tapi kakiku tersekat dengan bayang-bayang kejam. Langsung tidak memberiku ruang untuk berlalu.
Thursday, January 2, 2014
MIMPI SUDAH BERLALU
Selesai.
Sukar untuk terima tapi harus terima.
Mungkin ada harapan tapi sudah masanya untuk berhenti dan meninggalkan segala khayalan.
Jangan cuba mengejar mimpi sehingga ke puncak kayangan kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh.
Memang sukar untuk melaluinya.
Mungkin akan mengambil masa. Mungkin sehari. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Malah mungkin bertahun-tahun lamanya seperti dahulu. Itu kita takkan tahu.
Yang pentingnya... carilah laluan hidup sebenar. Jangan berangan. Jangan cuba untuk terbang lagi. Jangan pernah cuba. Sekali kita jatuh kita akan merasa sakitnya. Berkali-kali kita jatuh mungkinkah kita mampu untuk terbang lagi?
Ikhlasnya, ia semakin sukar. Sangat sukar.
Berhentilah berangan-angan untuk terbang...
Berhentilah bermimpi sehingga ke puncak kayangan...
Siapa diri kita, hanya kita sendiri yang kenal. Apa pun penilaian orang pada diri kita, itu hak mereka. Tapi, bila kita dinilai tanpa kita sempat kenal orangnya itu sangat menyakitkan. Sangat menyakitkan. Tapi... semuanya sudah berlalu. Jadi abaikan sahaja. Tidak guna lagi menimbulkan isu.
Abaikan semuanya... Abaikan....
Meminta maaf dan memaafkan segalanya. Ikhlaskan semuanya.
Mulai sekarang. Cuba kenal bumi yang dipijak.
Bukan berangan berada di puncak kayangan.
Cubalah hidup dengan bahagia.
Cubalah hidup dengan bersemangat.
In sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja dan berlalu dengan cepat.
Semoga buih-buih itu akan cepat hilang.
Wednesday, January 1, 2014
Istilah cinta
Bercinta sebelum nikah dikatakan indah tapi kita akan jadi seorang pendosa di sebalik kebahagiaan.
Cinta selepas nikah pula sangat indah sebab kita mendapat nikmat pahala dan kebahagiaan yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t. kerana semuanya adalah halal.
Jadi...
Pilihannya?
Ada yang kata... Aku tidak mahu bercinta sebelum nikah tapi aku juga tidak mahu bila diajak bernikah jadi istilah bercinta selepas nikah juga tidak sesuai untuk aku. Penilaian bagi seseorang yang masih belum kenal aku. Sangat menyedihkan bukan.
Konsepnya mudah bagi aku. Berpegang pada kata-kata dan janji. Sebab itu suatu harapan.
Tapi sayangnya kata-kata dan janji itu seperti mainan di bibir sahaja sebab ianya terungkai dengan sendirinya bila sengketa berlaku. Langsung tidak cuba berbincang untuk selesaikan masalah sedangkan setiap hari harapan itu sentiasa ada. Tapi bila salah seorang cuba menafikannya maka perlu ke diteruskan? Hubungan yang tidak tulus walaupun berjanji untuk tulus.
Hari-hari memikirkannya namun tiada kesudahan. Betapa susahnya untuk melupakan yang dahulu dan memberi harapan pada yang baru. Namun bila harapan itu kukuh di hati tiba-tiba harapan itu menjadi khayalan. Sedih, sebak, sayu, marah, benci dan pelbagai rasa seperti sebelumnya muncul lagi.
Abaikan saja... cuba abaikan sebab dia takkan pernah cuba untuk faham.
Hari pertama 2014, kesakitan akan cuba untuk diabaikan. Perlu hidup dengan lebih bahagia dan bersemangat
Abaikan.
Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan. Abaikan.....
Moga rasa sakit ini akan beransur-ansur hilang...
Subscribe to:
Posts (Atom)