Monday, December 31, 2012

Hatinya Bak Kain Putih

Abaikan... Ya. Abaikan segala benda yang menyedihkan. Selepas ini apa sahaja yang berlaku aku akan cuba melaluinya dengan senyuman. Jangan stress2 dan sedih2. Kalau aku cerita perkara apa yang buat aku serabut sedih sgt beberapa hari ni...mesti orang akan gelakkan aku. Ya. Sesuatu yang mudah sahaja sebenarnya tapi tak tahulah kenapa akal ku ini nak berfikir pelik2. Macam2 perangai orang perempuan ni kan. Huhu... Aku la tu..

Baiklah... Tahun 2013 adalah tahun ke 4 aku bergelar seorang guru. Tahun ni juga mungkin tahun yang menarik kepadaku sebab pertama kali aku mengajar pelajar tingkatan 1 malah siap jadi guru tingkatan mereka lagi. Selama ni aku mengajar budak2 besar dan kali ni aku akan mengajar budak2 kecik pula. Kenapa aku excited sangat??? Sebabnya....

Mereka sangat comel!!! Huhuhu...

Aku suka budak2. Comel2 je lepas tu perangai mereka pun aku rasa comel. Aku suka pegang2 pipi, peluk2 tubuh kecik tu lepas tu yang paling aku suka usap atau istilah lain gosok kepala mereka. Semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 dalam kelas aku tadi sempat la jugak aku usap2 kepala diorang. Tapi bukan melebih- lebih ya takut lain pulak jadinya. Anak orang kan. Kalau anak sendiri dah lama aku peluk cium. Hehe...

Mungkin ada yang pelik kenapa aku suka buat begitu... Sebenarnya setiap kali aku usap kepada budak2 kecik ni aku rasa sayang sangat dengan mereka. Rasa tenang sangat. Bila aku usap kepala mereka aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang baik. Tenang giler. Perasaannya sama seperti bila abah, ma atau abang aku usap kepala aku. Lagi2 abah sampai sekarang suka benar usap kepala aku. Rasa macam disayangi.. Bahagia sangat...

Sambing cerita.... Yang paling selalu kena usap kepala dengan aku anak saudara aku yang sulung.. Muhammad Alif Izzuddin @ abang long. Suka benar peluk2 & cium pipi abang long. Pergi mana2 mesti bertepek je dengan dia. Huhu... Rindu pulak la..

Jadi, tahun 2013 aku akan melayan anak2 kecil yang comel!! Jadi, sesiapa yang kena pegang @ usap kepala dengan aku kira bertuah la tu. Huhu..

Aku harap sangat mereka akan menjadi anak yang baik selari dengan wajah dan kelakuan mereka yang comel yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Bantulah aku menjadi guru yang baik dan berdedikasi. Janganlah aku lemah. Janganlah aku mudah mengalah Ya Allah. Tunjukkanlah laluan yang cerah kepada anak2 didikku agar mereka melalui jalan yang benar. Didiklah hati mereka untuk menjadi insan yang baik. Begitu juga aku Ya Allah. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik lagi. Aaminn....

posted from Bloggeroid

Friday, December 28, 2012

Bagai kepala dihempas ke batu...

Hati mesti sentiasa bersangka baik. Nanti diri yang merana kerana asyik fikir....fikir....fikir.... Tapi kalau hati saja yang bersangka baik tapi akal menidakkan tiada gunanya juga.

Ok. Rasa down!!

Huh!!! Macam-macam ragam. Macam nak buat tak endah je dengan semua benda. Hanya fikirkan diri sendiri. Pedulikan orang lain. Sebab orang lain bukannya kisah pun dengan diri kita. Kita kena fikirkan diri kita sendiri dahulu bukannya orang lain. Ok. Aku malas nak fikir apa-apa dah! Abaikan. Buat tak tahu saja.

Sekarang tu la masalahnya... Kenapa la hati orang perempuan ni lembut sangat. Lembik. Tu aku tujukan utk diri aku sendiri. Ok. Jangan fikir apa-apa. Jangan fikir... Fikir pasal diri sendiri dan keluarga sahaja. Ya. Sepatutnya begitu.

Sekarang ni rasa macam apa entah... Renung je ke depan tanpa buat apa-apa...




Semoga... Esok pagi hati ini akan baik-baik saja. Semoga perjalan hidupku berikutnya sentiasa di bawah payung rahmat-Mu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Chezzy In Jar..

Chezzy In Jar...











Ini dia... Hohoho.... Dah lama tak masak-masak. Dah lupa dah sebenarnya nak buat Chezzy In Jar ni. So, semalam kami buat projek masak-masak. Mcm biasa la mesti sampai tengah malam baru siap. Huhuhu...penat tapi berbaloi-baloi...

Ok. Ini projek aku, Kak Faizah & Kak Salina semalam..












posted from Bloggeroid

Wednesday, December 26, 2012

First day...

26 Disember 2012 ~ first meeting utk tahun baru. Wah!! Beratnya hati nak mula bekerja balik. Cuti dah habis. Malas sangat-sangat!!

Teruknya pemikiran aku ni kan. Macamana la nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak didikku. Cikgunya pun sengal je. Huhu...

Bukan apa. Maklum, cuti lama kan. Jadi bila nak masuk kerja balik untuk tahun baru ni terasa berat di hati. Maklumlah, belum ada momentum kerja lagi. In shaa Allah, tunggu seminggu dua lagi semangat bekerja itu akan kembali macam biasa. Apa-apa pun halangan sama ada dari segi fizikal mahupun mental, semua itu tidak akan menjadi masalah jika kita sedar tanggungjawab kita. Suatu amanah berat yang kita pegang. In shaa Allah..


Dengan kak Faizah yang semakin bambam..hahahaha!! Aku pun dah makin bambam sama dah lepas naik cuti ni.

Kami kat belakang sempat lagi posing masa mesyuarat. Saje. Buat apa nak stress-stress kan diri.

Ok. Sebenarnya penat sangat mlm ni untuk bercerita. Wah!! Dah awal pagi pun sebenarnya.Baru balik makan dengan kawan-kawan di Bubur Sentosa, JB. Dah lama tak keluar beramai-ramai macam ni sebenarnya. Macam-macam benda diorang nak borak. Huhu..

Mata makin suntuk. Perlukan tidur yang cukup. Esok ada meeting lg dan kemungkinan meeting yang panjang. Harap hati mampu tabah untuk menghadapi meeting yang panjang itu. In shaa Allah.



Peneman untuk esok...

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 25, 2012

Muhammad Alif Izzuddin punya pasal la ni...

Serius!! Aku menangis masa abang long nak naik bas ke Larkin ptg tadi. Ya Allah... Manjanya aku ni. Tapi memang betul la. Air mata tak boleh nak tahan dah. Automatik je mengalir. Abang long pun dah macam nak nangis dah tp dia tahan je. Muka dah merah semacam.

Semalam masa tidur memang kelakar la abang long ni. Memang penakut giler. Padahal dah nak masuk darjah 5 dah tahun depan.

Kisahnya, katil kat bilik aku ni katil bujang je. Faham2 jelah dah namanya katil bujang jadi hanya sorang jelah muat. So, aku hampar la toto kat tepi katil tu & toto tu pulak aku lipat 2 sebab bilik aku ni kecil je. Toto tu pun muat untuk sorang je tidur. Aku kata, "along tidur atas biar uda tidur bawah".

Tapi nak jadi cerita, aku tidur bawah dia pun tidur bawah. Aku aku beralih tidur atas katil dia pun naik tidur atas katil. So semalam memang turun naik turun naik jelah beralih tempat tidur. Dengan bersempitnya. Dengan lasaknya dia tidur sampai tangan ke atas muka aku. Alih2 sampai ke pagi aku tak lena tidur. Tidur2 ayam dengan baring statik tak bergerak-gerak. Sebab ruangnya sempit. Kalau bergerak sikit mesti jatuh katil ataupun terlanggar almari baju. Habis sakit & lenguh badan aku. Abang long punya pasal la tu... Anak bear aku dua ekor tu pun dah terperosok bawah katil dah sebab tak muat... Tapi, bila abang long nak naik bas tadi aku memang sedih gila2 la... Sayang sangat nak lepas dia balik. Heeemmmmm..... Sedih... :-(

Mesti pelik kan bila aku kata aku tidur dengan abang long...hehehe...









Ini gambar-gambar abang long yang sempat aku ambil petang tadi. Abang long ni memang rapat sangat dengan aku. Peluk cium tu dah biasa dah. Heran jugak, dengan mak saudara & bapa saudaranya yang lain tak pula dia nak macam dengan aku ni. Bergaduh selalu ada la lagi2 dengan usunya (satu-satunya adik aku). Sebab tulah aku sayang sangat dengan dia. Sebab tu jugalah aku menangis tau.

Abang long ni anak saudaraku yang sulung. Dari dia lahir sampailah nak masuk umur 11 tahun ni dia memang tinggal dengan orang tua aku. Langsung tak nak tinggal dengan papa & mamanya. Kiranya abang long ni dah macam anak bongsu abah dengan ma dan juga adik bongsu aku. Hahaha... Apa2 hal lebih pada dia. Sebab tu lah kot dia asyik nak bergaduh saja dengan usunya.


Haaa.... Nilah katil bujang aku kat rumah sewa ni. So dah boleh bayang la kan muat ke tak muat...sempit ke tidak..

Saat aku menulis entry ni, abang long baru je call. Dia cakap dah ada kat atas bas menuju ke Kota Bharu. Apa lagi...banjir lagi. Meleleh air mata aku keluar...huhuhu...sengal betul lah...

Doakan semoga perjalanan abang long & abang mie ku selamat ya. Risau sebenarnya...dengan musim banjir ni.

In shaa Allah.. Selamatkanlah perjalanan mereka. Permudahkanlah segalanya Ya Allah. Janganlah hujan di sepanjang perjalanan mereka. Aaminn...

posted from Bloggeroid

Friday, December 21, 2012

Bila tidak lena kerana bintang...

Bintang malu-malu,
Ia cuba melindungi dirinya yang cantik di balik kepekatan malam,
Bisakah aku mendekatinya,
Cuba menumpang keindahannya,
Keindahan yang tidak dapat ditukar ganti,
Suatu anugerah dari-Nya,
Aku juga mahu cantik seperti bintang,
Namun hati tidak sekuat itu,
Selalu kalah..

posted from Bloggeroid

Saturday, December 15, 2012

Bila minda di awangan..

Burung menebarkan sayap di bawah langit Ilahi dengan riang.. Bunyi berkicauan sesama mereka menimbulkan suasana riang...
Kaki insan memijak tanah berkejar ke sana ke mari.. Mengejar dan terus mengejar. Tap..tap...tap...tap...tap...malah sudah tak terkira. Apa yang dicari??

posted from Bloggeroid

Monday, November 19, 2012

10~11~12

Wah!!! Nak update jugak status ni walaupun rasanya dah lama berlalu.. Cantik kan tajuknya... 10~11~12. Aku sendiri pun tak sedar betapa cantiknya nombor ini. Itupun bila seorang gadis comel yg menyedarkan aku ttg betapa bertuahnya nombor itu.

Pada tarikh tersebut aku menyambut ulang tahun kelahiranku yg ke 27 tahun. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang utk bernafas di muka bumi ini. Terima kasih sangat2 kepada abah dan ma kerana membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan sebaiknya sehingga apa yang aku kecapi sekarang.

Hari jadi kali ini penuh dengan kejutan. Kejutan gadis cilik comel dan kawan2nya. Noraini Binti Ibrahim. Gadis kecil 15 thn. Gadis cilik yg bijak dan lincah. Terima kasih dengan kejutannya. Apa kisahnya.... Malam 10~11~12...menyerbu ke rumah bersama kawan2 dengan membawa sebiji kek siap dengan lilinnya beserta dengan nyanyian selamat hari lahir. Kamu semua memang sangat comel. Terima kasih sangat2 sebab sentiasa mengingati saya ya...terima kasih.

Hari berikutnya...kejutan tak terjangka. Ingatkan dua orang kakak ni dah lupakan hari lahir aku atau sengaja buat tak endah. Sejak akhir2 ni kami bertiga sentiasa bersama dgn pelbagai aktiviti. Macam2 ragam kami. Kakak2 ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dan banyak berfikir. Terima kasih banyak2 kakak... Siti Faizah dan Siti Salina. Terima kasih dengan segala macam pengalaman yg dilalui. Dan terima kasih juga dengan kejutannya. Memang tak terjangka. Malam 10~11~12...akak berdua buat aktiviti berdua. Langsung tidak ajak ilah. Ingatkan dah dilupakan. Memang sedih masa tu bila terasa dipinggirkan. Tapi rupanya kakak berdua ni sedang buat sesuatu yg istimewa untuk aku. Bertempat di Taman Tasik Layang2...tengah panas terik aku buat treasure hunt sorang2 dengan dress bagai... Xpe sebab itu suatu kenangan yg indah. Terima kasih kak.



Mr teddy sedang menunggu dengan gayanya sedangkan aku dah berpeluh2 mencari klunya.












Ok. Sekarang Mrs Teddy dah ada Mr Teddynya. Terima kasih kakak...















Kek yg lazat dari gadis comel.. Terima kasih Noraini...












Banyak kenangan sepanjang tahun 2012 ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk merasainya. Aku sayang semua kesayangan2ku... Terima kasih...

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 31, 2012

ISTIQAMAH

Kenapa masih tidak mampu untuk istiqamah...
Hari ini mengeluh lagi. Mengeluh sebab penat. Semoga bila bangkit dari tidur esok, semuanya akan menjadi lebih mudah dan indah...

posted from Bloggeroid

Monday, October 22, 2012

SENTAL DENGAN DAWAI HATI YANG KOTOR. TAPI, BOLEH KE?

Hari ni aku belajar sesuatu. Kalau orang buat jahat kat kita atau mempergunakan kebaikan kita demi kepentingan diri sendiri, sudah tentu kita marah kan. Aku pun tak suka dengan situasi begini.

Baru-baru ini aku tak tahu kenapa aku jadi pendendam. Aku tak suka dengan apa yang individu-individu sebegini lakukan. Hati rasa kotor sangat dengan perasaan sebegini. Nak sangat balas balik apa yang individu-individu ini lakukan. Cuma...bila cuba buat begitu rasa hati makin berserabut. Langsung rasa tak tenang.

Dangkalnya pemikiran aku kan. Boleh terfikir nak balas balik. Kalau orang tu teruk atau jahat, takkan aku pun nak jadi sama macam mereka. Kenapa nak ikut rentak mereka yang bodoh. Kalau mereka begitu, kenapa nak cuba rapat. Tapi, takkan nak putuskan hubungan silaturrahim pula kan. Itu bodoh namanya. Jadi, abaikan sahaja.

Sekarang mula terfikir.. Aku tak mahu jadi manusia teruk sebegitu. Kenapa aku nak berdendam? Tiada gunanya. Hanya menambahkan dosa sendiri sahaja. Tapi, sejak dua menjak ini aku memang lari dari prinsip asalku. Nampaknya..aku perlu bersihkan balik pemikiranku ini. Kalau dapat nak sahaja sental dengan berus dawai. Bagi hilang segala kotoran degil ini. Ya Allah... Ampunilah aku Ya Allah...

Abah selalu cakap....
" Dalam hidup kita ni biarlah kita sentiasa buat baik dengan diri sendiri dan orang lain. Biarlah apa orang nak kata janji hati kita bersih. Sebab, kita hidup di dunia ini atas ehsan Allah s.w.t. dan satu hari kita akan kembali kepadaNya. Biarlah orang jahat dengan kita asalkan kita tak buat jahat kepada orang lain. Jagalah hati kita supaya sentiasa bersih."

Rindu sangat-sangat dengan abah...sangat-sangat..

Aku kena buang segala kekotoran ini. Kena buang segala pemikiran yang buruk-buruk ini. Maafkanlah mereka yang telah menyinggung hati. Sebab aku bukannya sesiapa. Aku hanya insan biasa yang mahukan ketenangan dan keredhaan Allah s.w.t.

Maafkanlah aku ya Allah. Maafkanlah segala pemikiran dangkalku ini..

posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

Dulu vs kini

Masa sekolah, senang nak jatuh cinta.
Remaja katakan...
Tapi bila dah dewasa dan bekerja, pemikiran mula berubah.
Sekarang, jatuh cinta bukan lagi perkara senang seperti dulu.
Banyak benda hendak difikirkan.
Perlu ke bercinta bagai nak rak tapi akhirnya tiada kesudahan.
Terasa rugi.
Kenapa nak rosakkan lagi hati kita dengan perkara-perkara sebegitu.
Kahwin kemudian bercintalah.
Terima pasangan kita seadanya.
Itu rasanya lebih mudah dan membahagiakan.
Hati kita lebih terjaga dan mengikut hukum Allah.
InsyaAllah...

posted from Bloggeroid

Saturday, October 13, 2012

Rentetan kisah

Saya penat.
Sangat penat sebenarnya.
Pertama kali rasabya dalam sejarah hidup saya, saya berusaha segigih dan sekuat ini.
Tapi saya punya semangat.
Sebab saya ada matlamat.
Matlamat yang sedang saya usahakan dengan gigih untuk mencapainya..

Pengalaman ini suatu pembelajaran. Untuk saya terus mengejar impian. Biarpun penat...tapi itu satu pengalaman yang mematangkan saya.

Untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya...
Saya kena lebih..lebih....lebih.....bersemangat!!!

Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat kerahmatanNya..

posted from Bloggeroid

Friday, October 5, 2012

Seminar Baitul Muslim (OneHeart Creative Solution) II

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( pensyarah & pendakwah)
-Dewan Kristal, Menara TM, Petaling Jaya-

Jodoh adalah "rahsia Allah" yang kita tidak ketahui bila hadirnya. Yang utama, persiapkanlah diri untuk melaluinya.

Perlu diusahakan dalam mencari jodoh:
1. Berdoa
2. Buang persepsi negatif, optimis
3. Gunakan cara, jalan dan kaedah berkenalan yang diharuskan syara': Nazhar, ta'aruf
4. Istisyarah
5. Istikharah
6. Tawakal, redha dan berserah

Tips mencari jodoh:
1. Meminta bantuan ibubapa, saudara mara atau seseorang yang soleh untuk mencari jodoh.
2. Menyertai organisasi dakwah yang ada menyediakan khidmat 'Baitul Muslim'.
3. Menyertai aktiviti kebajikan dan seminar atau program2 keagamaan serta aktif dalam kerja2 kemasyarakatan.
- persoalan mendapatkan jodoh yang baik sebagai manfaat sampingan.
4. Melalui laman sosial, blog @ forum islamik.
5. Menawarkan diri kepada lelaki/ wanita soleh.

Langkah praktikal.
1. Kenal diri - ilmu, pendidikan, sikap dan sifat diri, kewangan, rupa & tubuh.
2. Fahami pasangan bagaimana yang diidamkan
3. Jangan terbuai dek khayalan mendapat yang sempurna...
4. Dimanakah individu sebegini wujud??? Pergilah....cari...
5. Terdapat akses untuk ta'aruf? Jika tiada?
Gunakan orang tengah.
6. Lihat wajahnya dan yang penting agamanya.
- Cara pemakaian menentukan dalamannya.
7. Risikan tambahan melalui sumber yg amanah.
8. Dia sudah berpunya??
9. Jika belum, cari dan telitilah sifatnya.
- lihatlah perkataannya
- baca tulisannya
- cara dia bergambar
- tempat kunjungannya dan ulasannya
- komentarnya di facebook?
- gaya, pakaian, beg dan kenderaannya
- gurauannya dengan rakannya
- responnya kepada pujian
10. Berkomunikasi dengan limitasi
- ada aturan dalam komunikasi dan perkenalan.
11. Teruskanlah jika bersesuaian.

--------------------------
* Sedang menunggu kura-kura tapi kelihatannya kura-kura ini terlalu lambat pergerakannya...

posted from Bloggeroid

Seminar Baitul Muslim (OneHeart Cretive Solution) I

Ustaz Pahrol Md Juoi ( penulis, pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd)

1. Dosa.... Sesuatu yang meresahkan hati kita.
2. Buta mata tak nampak dunia... Buta hati tak nampak akhirat.
3. Sayang diri kita untuk kita menyayangi orang lain.
-------------------------------
* Egokah aku jika aku susah untuk menyayangi seorang lelaki?? Pada aku, aku tidak ego tapi aku hanya mahu menjaga kebajikan diriku...bukan kerana aku tidak mampu menjaga diriku tapi sudah lumrah alam lelaki akan menjaga wanitanya. Aku mahu dijaga dengan baik berlandaskan agamaku...bukan kerana harta, rupa mahupun pangkat..

"Aku memang bukan gadis hebat untuk dapat lelaki yang hebat, tapi aku berusaha untuk menjadi hebat..

Aku bukan baik tapi aku berusaha untuk menjadi baik...

Aku bukan kuat agama tapi aku berusaha untuk mendalami agama..

Aku bukan sesiapa tapi aku sedang berusaha untuk melalui jalanNya..

Jangan mengeji, mengutuk atau memarahi aku kerana kelemahanku...

Kerana aku sedang berusaha mencari diriku yang sebenarnya.

Bantulah aku untuk terus berusaha.

Jangan patahkan semangatku."

posted from Bloggeroid

Friday, September 21, 2012

Gara-gara tidak prihatin dengan isu politik..

Satu hari dalam minggu ini...terserlah ketidak prihatinan aku tentang isu politik di Malaysia. Kesannya...kesian sahabatku seorang kerana terpaksa menanggung malu dan stress. Maaf ya kak. Kesilapan yang betul2 tidak disengajakan dan telah menimbulkan kecelaruan terhadap program yang berlangsung.

Kisahnya mengenai satu program yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan. Niatku hanya mahu menolong seorang kakak menyiapkan buku program. Tetapi lain jadinya bila dalam buku program tersebut aku masukkan tema kemerdekaan negara 2012 dan ada juga tema parti pembangkang lain. Sumpah!! Aku memang tak tahu. Kalau tahu aku takkan masukkan kata2 tersebut. Aku masukkan kata2 @ tema parti pembangkang itu sebab aku rasa kata2nya menarik. Langsung tak terdetik untuk mengaitkan program ini dgn politik tapi itulah...betapa tak prihatinnya aku dengan isu politik.

Tak pasal2 aku dicop fanatik @ orang kuat parti pembangkang.

Maaf!! Ini memang tidak disengajakan.

Tapi, satu kemusykilan. Sebelum diprint dgn cantik buku program ini aku sudah menunjukkan drafnya dengan pihak yang bertanggungjawab. Namun tiada seorang pun yang perasan itu semua kecuali memuji design buku program itu cantik.. Natijahnya, setengah jam sebelum program berlangsung semua orang kelam kabut sebab buku program yang dikatakan berunsurkan politik.

Salah siapa?? Aku memang bersalah. Tapi pihak yang bertanggungjawab dan lagi senior dari aku itu takkan tidak sedar itu semua..

Ya Allah... Maafkan kesilapan aku itu. Maaf ya kakak kerana silap dalam hal ini.. InsyaAllah lain kali akan lebih berhati-hati...

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 18, 2012

Selepas cuti 3 hari

3 hari yang sibuk dan penuh pengembaraan.
Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Pelbagai ingatan bermain di fikiran.
Terima kasih kepada seorang kakak kerana memberi pengalaman yang menggembirakan di hati.
Terima kasih kepada seisi keluarga kerana sudi menerima diri ini.
Cuma terkilan kerana ada rasa yang belum tercapai.
Di lain hari InsyaAllah...














































Hari ini.
Selepas 3 hari.
Penat...memang penat.
Tapi hati berbunga riang.












Terima kasih kepada semua.. Kak Shazulia. Kak Salina. Kak Faizah...
Semoga kita semua mampu menggapai impian dan sentiasa berada di asas yang kukuh...

posted from Bloggeroid