Sabtu, 19 Mei 2012- Ya Allah.. Macam2 yang terjadi dalam hidupku ini. Mungkin semuanya sudah tersurat oleh-Mu. Semua yang berlaku ada pro dan kontranya.
Tanggal tarikh ini sekali lg kami berpisah. Perpisahan secara nyata dan lebih ikhlas. Agak sedih tapi mungkin ini bukan jodoh kita berdua. Bukan juga kerana aku terlalu ego dan pendendam tapi peredaran masa menyebabkan diri ini makin berubah sesuai dengan keadaan. Agak pelik bila difikirkan kembali situasi kita.
Tahun 2006 bila aku tahu perihal kau di sana kita macam faham2 sendiri. Kita terus menyepi diri. Aku anggap segalanya sudah selesai antara kita. Cuma satu, saat itu aku ingin sekali dengar penjelasan yang sebenar. Marah menguasai diri. Tahun demi tahun berlalu, penjelasan yang aku inginkan tidak kunjung tiba malah perasaan marah beransur hilang sekali dengan penyepian kita. Kita mula hidup dengan cara masing2 dan aku semakin melupakannya. Tanggal 16 Mei 2012, dalam kegembiraanku menyambut hari besar dalam kerjayaku kau tiba2 kunjung tiba. Menjelaskan semuanya dan mahu memperbetulkan atau dengan kata lain menyambung kembali apa yang telah putus.
Maaf. Itulah kata2ku yang kau mesti faham maksudnya. Semuanya pasal kita sudah berlalu dan aku tidak nampak masa depan kita bersama. Maaf...
Adan Ghaffar.
Terima kasih untuk segala kenangan kita. Semoga kau berbahagia dengan hidupmu. Mungkin selepas 2 tahun dari sekarang kau mungkin kembali ke sini dengan sinar cerita hidupmu yang baru dan perasaan yang baru dan aku dengan hala tuju hidupku yang aku bentuk sendiri. Terima kasih untuk segalanya.
Tanggal 19 Mei 2012 juga, berita perpindahan rakan2 seperjuangan kunjung tiba dan hatiku agak tersentap. Kak Dah (Ustazah Faridah Binti Razali), Kak Maslia (Maslia Binti Maksri) dan Kak Yenni (Seow Yen Ni).
Kak Dah adalah orang pertama yang aku jumpa saat aku posting ke Pasir Gudang. Sanggup menumpangkan aku di rumahnya saat aku pertama kali tiba. Kakak yang sangat2 baik dan membantuku dalam segala hal.
Kak Maslia. Kakak kecil yang kecoh. Mungkin hubungan kami penuh dengan buli membuli tapi itulah yang mengeratkan hubungan kami. Kakak Oyen yang comel dan ikhlas aku katakan yang segala kerenahnya langsung tidak menyakitkan hatiku...
Kak Yenni. Kakak yang jarang bercakap kecuali perihal kerja. Kadang2 seperti tidak sedar Kak Yenni ada di sisi. Tapi, kehadiran Kak Yenni adalah satu kegembiraan.
Sangat sedih dengan berita perpindahan ini. Maksudnya dalam tempoh seminggu ini sahaja masa yang kita ada untuk berjuang bersama2 di tempat yang sama. Selepas ini mungkin agak sukar untuk bersua muka lagi. Tapi aku sentiasa berdoa kita masih boleh duduk semeja lagi.
Sedihnya... Semua orang pergi. Tapi, walaupun sedih dengan perpisahan2 ini tapi doa dan ingatan sentiasa sahaja menemani kalian. Adan,Kak Dah, Kak Maslia dan Kak Yenni.. Semoga sentiasa ceria dan gembira di mana sahaja kalian berada. Maaf jika selama ini ada salah dan silap sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Terima kasih untuk segala kenangan kalian....

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment