Thursday, May 17, 2012

Sesuatu yg hampir dilupakan

Dulu kami memang akrab. Kami belajar dan bergelak ketawa bersama-sama. Apa yang aku x mampu lakukan, dia akan tolong. Dia akan cuba usahakan juga walaupun susah. Aku tahu aku terlalu manja. Aku tahu aku terlalu bergantung pada dia. Tapi dia tahan dengan kerenahku..

Macam2 kenangan...

Satu kisah.. Sebab aku kakinya patah. Pertama kali aku menangis kerana lelaki. Dia sakit tapi dia masih cuba menenangkan aku. Saat itu tangannya kejap memegang tanganku. Aku ingat kata2nya masa itu. Kata2 yg membuatkan hatiku terasa sesuatu... Sesuatu yg sukar untuk diceritakan.. Sejak itu segalanya berubah.

Setahun.. Setahun... Setahun... Terus berlalu...
Sampai satu saat. Tanpa suara. Kita kelu untuk meluahkan kata. Kita seperti faham apa yang sedang berlaku. Mungkin kerana kita makin dewasa. Kita dengan dunia kita sendiri. Akhirnya kita terbang berasingan ke dunia kita sendiri.

Aku ingat segalanya sudah selesai. Kita dengan dunia masing2.

Tapi.. Tak sangka satu hari kau muncul. Tanggal 16 Mei 2012. Sambutan hari guru..

Petang tu.. Aku x tahu nak cakap apa dengan kau. Kita macam individu yang langsung tidak mengenali. Sesuatu yang agak janggal bagiku. Maaf.. Rasanya semuanya sudah selesai. Aku dengan duniaku.. Kau dengan dunia kau. Terasa susah untuk kembali seperti dulu. Maaf...

Heran. Aku langsung tidak menangis saat itu. Kau ceritakan dan jelaskan semuanya. Kata2 maaf dan rayuan kau langsung tak memberi kesan padaku. Terasa semuanya x berguna. X perlu lg diceritakan benda yang lepas. Hatiku kaku. Beku.. Aku x tahu kenapa aku tidak marah pada kau saat itu. Sedangkan sebelum ini aku begitu ingin mendengar penjelasan dari mulutmu. Mungkin kerana kita sudah dewasa dan peredaran masa menyebabkan kita menjadi individu yang berbeza.

Sukar untuk diceritakan di sini. Kerana aku bukan penulis yang baik. Tapi.. Satu sahaja yang aku pasti...

Maaf.

Manusia yang dari dunia yang berlainan tidak mungkin bersama. Bila kita telah terbang ke arah impian hidup kita, kita tidak akan berpatah balik. Teruskan hidup dan dan lupakan semuanya.

Semoga kau dapat mencari suri hidupmu yang sebenarnya.. Mungkin sekarang kau anggap kata2ku salah, tapi satu saat bila kau bertemu dengan suri hidupmu kau akan setuju dengan penolakanku ini.

Buat masa sekarang.. Maaf.

P/s: terima kasih dengan hadiahnya dan terima kasih kerana kau sendiri bercerita tentang apa yang berlaku....

posted from Bloggeroid

No comments: