Thursday, May 24, 2012

Kenapa hati kita kadang-kadang jahat??

Kadang-kadang kita tidak sedar hati kita bersangka buruk sedangkan akal kita secara logik cuba bersangka baik. Dan tanpa sedar juga kita sering menuturkan kata2 yang seakan memburukkan orang lain. Kenapa mulut ini terlalu jahat. Kenapa ketidakpuasan hati itu tidak disimpan di dalam hati sahaja. Biarkan ianya berlalu begitu sahaja kerana hanya Allah sahaja yang tahu hati kita. Buruk dan baiknya orang itu hanya Allah yang dapat membalasnya.

Maafkan aku Ya Allah jika aku khilaf. Mungkin hatiku buruk kerana berfikir dan bersangka demikian. Maafkanlah aku Ya Allah. Maafkan aku...

Cuba dikawal hati dan minda ini dengan iman yang teguh tapi kadangkala iman itu senipis kulit bawang malah mungkin lagi tipis jika ada simbol atau lambang yang boleh aku sama ertikan.

Ya Allah.. Buruknya hati dan mindaku ini. Terasa sesuatu di dada saat kata2 jahat itu terluah dari mulutku. Maafkan aku Ya Allah.. Maafkan aku...

posted from Bloggeroid

No comments: